BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayap siswa PKR isytihar hilang keyakinan terhadap Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,709
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,709
Reaction score
97
Points
80
9312b9037c62fefabdf52ab9e1088fe6.jpg

015dd5ccc1c4b398bdfab9ad98b46e98.jpg


Majoriti ahli Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang memenangi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Presidennya, Anwar Ibrahim.

Kumpulan mahasiswa itu pada satu kenyataan kepada Malaysiakini menjelaskan keputusan berkenaan dibuat selepas kepimpinan baru MKM melakukan penilaian kritikal terhadap hala tuju parti yang didakwa semakin menjauh daripada semangat reformasi asal.

"Parti yang suatu ketika dahulu membawa semangat reformasi, keberanian melawan penyalahgunaan kuasa dan perjuangan membela suara rakyat kini semakin jauh daripada prinsip perjuangan asal.

"Ianya pernah diyakini oleh ramai anak muda dan mahasiswa, tetapi kini kami hilang keyakinan," kata kenyataan itu.

MKM sayap mahasiswa PKR yang ditubuhkan bagi membawa suara mahasiswa universiti awam dan swasta.

Sejak penubuhannya, organisasi itu aktif memperjuangkan isu berkaitan kebajikan pelajar, kebebasan akademik dan keadilan sosial.

MKM juga sebelum ini dikenali kerana pendiriannya yang lantang membantah dasar kerajaan yang dilihat mengekang kebebasan bersuara di kampus.

Pelbagai siri demonstrasi dan kempen kesedaran turut dianjurkan di seluruh negara sebagai sokongan terhadap agenda reformasi.

Sidang media di Restoran Amjal

Pada kenyataan sama, MKM menyeru golongan muda dalam PKR, khususnya mahasiswa, supaya menilai semula pendirian masing-masing terhadap perjuangan parti itu.

"Kami menyeru agar semua pihak bermuhasabah dengan jujur tentang hala tuju perjuangan yang sedang dibawa hari ini.

"Kesetiaan kepada perjuangan tidak seharusnya mengatasi keberanian untuk mempertahankan prinsip," katanya.

Sementara itu, jurucakap MKM memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihaknya akan mengadakan sidang media esok bagi mengumumkan secara rasmi hala tuju baru organisasi berkenaan.

"Sidang media yang akan berlangsung tarikh 11 Mei 2026, jam 8:30 malam di Restoran Amjal itu akan menyentuh secara terperinci pendirian rasmi MKM serta langkah seterusnya selepas perkembangan semasa melibatkan PKR dan kepimpinannya," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

 
Jangan salahkan saudari kita yg baru peluk pas..
 
Back
Top
Log in Register