BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR Perlu Kukuhkan Pentadbiran Persekutuan, Negeri - Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146

PKR Perlu Kukuhkan Pentadbiran Persekutuan, Negeri - Anwar​

97ad23ad97bd71da4b16727ac76836956aa2d8db5a7eb

47b73574e663b420bc723606ca25fdaa6aa2d8ec4f210

4ab683711dfb421baedb69ff533b6e8f6aa2d8fd785e8

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu perlu terus memperkukuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat nyata kepada rakyat.

Beliau berkata parti itu juga mesti bergerak dengan kekuatan seluruh anggota, merapatkan saf dan merangkul sokongan semua lapisan masyarakat agar PKR kekal dekat dengan denyut nadi serta aspirasi rakyat.

Anwar turut menegaskan bahawa PKR Sabah akan terus menjadi kekuatan utama yang membawa suara rakyat serta menjayakan agenda perubahan dan reformasi di negara ini.

"Pada masa sama, persiapan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang mesti diperkemas dari sekarang dengan kesatuan dan tekad yang jelas," katanya dalam perkongsian di laman Facebook malam ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan singkat bersama dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah di sini bagi membincangkan pelbagai isu semasa dan kepentingan kesejahteraan masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu.

 
Back
Top
Log in Register