BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya mahu elak diliwat'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
GEORGETOWN: “Saya hanya berniat untuk mencederakannya bagi mengelak daripada diliwat,” kata penghantar tong gas yang didakwa membunuh tukang urut di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Hairi Sabdin, 27, didakwa membunuh warga emas, Abdul Rahman Hussain, 69, di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, lima tahun lalu.


Ketika membela diri, tertuduh berkata, dia tidak berniat membunuh mangsa, sebaliknya hanya mahu mencederakannya bagi melemahkannya ketika berlaku pergelutan antara mereka.


Menurutnya, pergelutan berlaku selepas mangsa cuba meliwatnya ketika mengurut pada malam kejadian, selain bertindak agresif termasuk mencekiknya hingga menyukarkannya bernafas ketika bergelut di rumah mangsa selepas dihalang keluar dari rumah.


“Saya hanya berniat mencederakannya, bukan membunuhnya. “Ketika itu, saya menganggap dia akan lemah untuk melawan jika dicederakan dan tidak menyangka perbuatan itu menyebabkan kematiannya,” katanya ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, semalam.


Tertuduh berkata, dia tidak mempunyai sasaran untuk menyerang anggota badan mangsa dan hanya dapat mencucuk leher mangsa dengan gunting yang digunakan mangsa dan ketika itu, dia hanya memeluk mangsa sambil melutut.


Sementara itu, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar, tertuduh mengakui tenaganya lebih kuat berbanding mangsa berdasarkan kekuatan fizikal dan usianya yang hanya 22 tahun ketika kejadian.


Hakim Datuk Abd Halim Aman menetapkan hari ini bagi penggulungan hujah pendakwaan dan pembelaan.


Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hairi didakwa membunuh Abdul Rahman di sebuah rumah di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat pada 25 September 2005 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan
 
pehh.. 5 tahun punya kes..
selama ni duk dlm la?
 
perghhhhh..elak elakkan lah diri dari bende bender camni ...
 
macam ni la caranya kalau tak nak diliwat...

bukannya gi bilik air terus pakai tuala...:D
 
yang tukang nak liwatnya umoq 69 tahun...kuang...kuang...kuang
 
macam cerita sepul jer..cuma tukar version skit..
 
Back
Top
Log in Register