Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 11,507
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 11,507
- Reaction score
- 279
- Points
- 146
7 negara paling terjejas
Sudan. Foto WFP
KRISIS pelarian global terus menunjukkan trend membimbangkan apabila jutaan penduduk di seluruh dunia terpaksa meninggalkan kediaman akibat konflik, peperangan, penganiayaan, ketidakstabilan politik dan krisis kemanusiaan yang berpanjangan.
Menurut laporan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP), situasi ini bukan sahaja mencetuskan gelombang perpindahan besar-besaran, malah turut memburukkan krisis kelaparan dalam kalangan pelarian.
Berikut merupakan tujuh negara yang berhadapan dengan krisis pelarian paling serius yang masih memberi kesan besar kepada dunia pada 2026.
1. Sudan
Sudan kini dianggap sebagai krisis perpindahan penduduk terbesar di dunia susulan perang yang tercetus antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) sejak April 2023.
Konflik berterusan itu telah memaksa kira-kira 14 juta orang meninggalkan kediaman mereka, termasuk lebih sembilan juta yang masih berada di dalam negara dan jutaan lagi melarikan diri ke negara jiran seperti Chad, Mesir, Sudan Selatan dan Ethiopia.
2. Syria
Walaupun berlaku perubahan politik selepas kejatuhan kerajaan pimpinan Bashar al-Assad pada penghujung 2024 dan lebih 1.5 juta pelarian telah kembali ke negara itu, Syria masih kekal sebagai antara krisis pelarian terbesar dunia.
Sehingga kini, sekitar 15.6 juta rakyat Syria masih memerlukan bantuan kemanusiaan, manakala kira-kira 5.5 juta lagi kekal sebagai orang pelarian dalaman.
3. Afghanistan
Afghanistan terus berdepan cabaran besar selepas puluhan tahun konflik dan perubahan politik yang berlaku sejak 2021.
Jutaan rakyat masih hidup dalam kemiskinan tegar dengan ramai bergantung kepada bantuan antarabangsa untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas.
4. Ukraine
Lebih empat tahun selepas perang berskala besar tercetus pada 2022, jutaan rakyat Ukraine masih hidup sebagai pelarian di seluruh Eropah atau menjadi pelarian dalaman di negara sendiri.
Konflik berterusan telah memusnahkan bandar, infrastruktur tenaga, sekolah dan hospital, selain menjejaskan kehidupan harian penduduk.
5. Myanmar
Myanmar terus berdepan konflik bersenjata dan ketidakstabilan politik yang memaksa ratusan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka. Golongan paling terkesan ialah etnik Rohingya yang masih tidak mempunyai kerakyatan dan terus menjadi antara komuniti paling teraniaya di dunia.
6. Venezuela
Krisis ekonomi yang berlarutan selama lebih satu dekad telah menyebabkan berjuta-juta rakyat Venezuela meninggalkan negara itu untuk mencari pekerjaan, makanan dan kehidupan yang lebih baik di negara-negara Amerika Latin.
7. Republik Afrika Tengah
Republik Afrika Tengah terus berdepan krisis kemanusiaan yang berpanjangan akibat konflik bersenjata, keganasan dan ketidakstabilan politik sejak merdeka pada tahun 1960. Kemuncak krisis berlaku pada 2013 apabila pertempuran antara kumpulan bersenjata memaksa lebih 1.2 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Daripada jumlah itu, kira-kira 640,000 orang melarikan diri ke negara jiran seperti Cameroon, Chad, Republik Demokratik Congo (DRC), Republik Congo, Sudan dan Sudan Selatan, manakala selebihnya menjadi pelarian dalaman di dalam negara sendiri.
Walaupun pelbagai usaha damai dilaksanakan, ribuan keluarga masih hidup dalam keadaan serba kekurangan, bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.
7 negara paling terjejas
KRISIS pelarian global terus menunjukkan trend membimbangkan apabila jutaan penduduk di seluruh dunia terpaksa meninggalkan kediaman akibat konflik,...