BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya Dukung Turki, Iran Dan Rusia, Serta Qatar' - Datuk Abdul Hadi Awang

TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,628
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,628
Reaction score
593
Points
81
image.jpg


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam berfikir dan mengkaji terlebih dahulu dengan bijak, sedar dan insaf sebelum mempercayai mengenai propaganda 'syiah dan Iran'.

Katanya, jika diamati adakah bahaya Iran dan pengaruh Syiah terhadap dunia Sunni atau menjaga keselamatan Israel, di sebalik propaganda halus dakwaan tersebut.

"Semua media yang dikuasai oleh kerajaan di serantau Asia Barat menjadikan bahaya Syiah dan Iran sebagai noktah yang satu dan disokong pula oleh media Israel.

"Adapun gerakan menentang Israel seperti Hamas, Tanzim Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah semuanya dilabelkan pengganas," katanya dalam satu media hari ini.

Katanya, semuanya adalah perkara rumah tangga umat Islam yang tidak boleh diizinkan campur tangan asing, khususnya kalangan musuh Islam yang nyata tidak ikhlas terhadap umat ini.

"Apakah yang dilakukan ini kerana sebenarnya bahaya Syiah dan Iran? atau sebenarnya kerana keselamatan Israel yang menjadi kubu paling hadapan menghadapi kebangkitan semula umat Islam?" katanya.

Katanya, beliau tidak boleh menerima alasan bahaya Syiah, hujahnya kerana Sana’a di Yaman kini sudah dikuasai oleh mereka.

"Saya tidak lupa betapa Arab Saudi menyokong kumpulan Syiah ini sejak tahun 1961 sehingga diubah pendirian hari ini dengan menentangnya selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyelar Amerika di hadapan Kongresnya setelah kumpulan Syiah menawan Sana’a, dan Saudi terus melakukan perisytiharan perang ke atas Yaman di Washington, bukannya di Riyadh," katanya.

Katanya, barangkali mengambil contoh Perdana Menteri Lubnan mengisytiharkan peletakan jawatannya di Riyadh, bukannya di Beirut.

"Saya tetap kembali kepada al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada ALLAH," katanya.

Katanya, beliau mendukung gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan negara teluk.
Malah katanya, Mesir menunjukkan kegoyangan pendiriannya walaupun pernah bersama Israel.

Katanya, Turki menunjukkan perubahannya daripada sekular dan bersekutu dengan Barat dan Israel kepada ke arah Islam.

"Iran pula menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh," katanya.

Katanya, kini negara Arab terus berlindung dengan Sunni yang paling Salafinya, tetapi berwajahkan diktator yang tidak ada kaitan dengan Sunni.

Katanya lagi, adapun Rusia menunjukkan polisi yang tidak bersifat Islamofobia mengikut agenda Amerika dan sekutunya.
Jelasnya, Apakah alasannya yang kita wajib bersama kumpulan Islam Hamas, Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah yang dijadikan kambing-kambing hitam yang hendak dikorbankan dengan mudah?

Justeru katanya, Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/saya-dukung-turki-iran-dan-rusia-serta-qatar-1.760102
 
bila masih hidup ni, ramai yang membenci tghh..

bila dah mati nanti, meratib laa puak2 yang mengutuk dulu kata tghh bagus laa, kena ikut cakap arwah laa..

sama macam arwah tok guru nik aziz ngan harun din..

dah meninggal baru laa nak ikut, bila hidup dihinanya, geng2 amno punya kerja..
 
Orang kuat ugama ni biasanya ada hikmah samada ketika hayat atau selepas meninggal dunia.

Ketika hayat aura dia kuat.

Macam TGNA (innalillah), lepas meninggal dunia masih ada kebaikan yang ditinggalkan; pemuka² semua tunjuk belang sebenar.

Yang asalnya istiqomah (kununnya) dengan PAS leh kuar PAS dan lawan PAS pulak ~X(

Dasar muka tak malu.


Akhbar pro k'jaan pun skang bukan main dok jack PAS tiap² hari; Utusan Malaysia.

Dulu bukan main fitnah dan maki hamun PAS.

Aku akan ingat sampai bila² kejahatan kamu wahai AMNO.

#melayuMUDAHlupa


bila masih hidup ni, ramai yang membenci tghh..

bila dah mati nanti, meratib laa puak2 yang mengutuk dulu kata tghh bagus laa, kena ikut cakap arwah laa..

sama macam arwah tok guru nik aziz ngan harun din..

dah meninggal baru laa nak ikut, bila hidup dihinanya, geng2 amno punya kerja..
 
Last edited:
Ya ke TGHH sebut 'mendukung'?

TGHH cuma buat ulasan sahaja.

Ke penulis sinar hairan yang tambah nasi?

Cetak berita ni sebab nak kaitkan (sekali lagi) TGHH dengan Syiah.

Dan juga nak mendakwa TGHH menyokong penyembelihan rakyat Syria; Rusia dan Iran memang berterusan membunuh rakyat Syria.

Bebaik...jadi fitnah nanti.

Katanya, beliau mendukung gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan negara teluk.
Malah katanya, Mesir menunjukkan kegoyangan pendiriannya walaupun pernah bersama Israel.
 
Last edited:
Ya ke TGHH sebut 'mendukung'?

TGHH cuma buat ulasan sahaja.

Ke penulis sinar hairan yang tambah nasi?

Cetak berita ni sebab nak kaitkan sekali lagi TGHH dengan Syiah.

Dan juga nak mendakwa TGHH menyokong penyembelihan rakyat Syria; Rusia dan Iran memang berterusan membunuh rakyat Syria.

Bebaik...jadi fitnah nanti.

betul la mendukung cuma tajuk kat harakah lain sikit: http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/4050-hubungan-intim-arab-dan-israel

apapon kalu ttg syiah ambe pegang apa yg imam syafie RA kata:

"Imam Syafi’i, bila disebut kelompok Syiah Rafidhah, beliau mencela mereka dengan celaan yang paling buruk, lalu beliau menyatakan: “Mereka itu kumpulan yang paling jahat!”
(Manaqib Syafi’i, karya Imam Baihaqi 1/468)
 
Back
Top
Log in Register