BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarjan disyaki rogol pelajar

Harap2 adalah ahli keluarga mangsa yang saman ES dan semua platform (seperti CG) yang sebarkan identiti mangsa dan keluarga.

Kalau kene loyer btol, boleh dapat ribu2, tak pun juta
Kalau menang saman pun susah bang nk hantar kat sapa...

Kalau kerajaan pun tak jumpa pemilik account sampai sekarang lagi la kita rakyat biasa 😂
 
Kalau menang saman pun susah bang nk hantar kat sapa...

Kalau kerajaan pun tak jumpa pemilik account sampai sekarang lagi la kita rakyat biasa 😂
Bukan pemilik account, tapi pemilik platform pasal tak pantau
 

Kertas siasatan kes sarjan rogol pelajar lengkap​


05 FEB 2024

2526752.jpg

Laporan Sinar Harian.


LUMUT – Kertas siasatan terhadap anggota polis berpangkat sarjan yang disyaki merogol pelajar Tingkatan Empat sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya.

“Kertas siasatan kes ini telah lengkap dan hantar kepada pihak DPP, Rabu lepas dan kita tunggu arahan selanjutnya,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2024 peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Lekir di sini pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang disyaki terlibat dalam kejadian merogol pelajar perempuan Tingkatan Empat, tahun lalu ditahan pada 28 Januari lalu.

Permohonan reman ke atas suspek berusia 42 tahun itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Suspek yang juga timbalan ketua polis balai sekali lagi direman bagi siasatan kes rogol berlainan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Mohd Yusri berkata, siasatan kes berkaitan anggota terlibat telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Memang kita lihat baru-baru ini berlaku ketidakpatuhan integriti melibatkan warga polis. Saya jamin kes berkenaan disiasat secara telus dan adil,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register