BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak raih RM2.546b

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUCHING 29 April – Kerajaan negeri menerima hasil sebanyak RM2.546 bilion pada suku pertama 2015 merangkumi 49 peratus daripada anggaran keseluruhan hasil berjumlah RM5.178 bilion tahun ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Wong Soon Koh (gambar), perbelanjaan biasa bagi suku pertama tahun ini mencatatkan RM1.215 bilion yang mana RM465 juta bagi perbelanjaan operasi dan bakinya, RM750 juta bagi Akaun Dana Pembangunan.

“Bagi perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM1.581 bilion digunakan atau 35 peratus daripada RM4,546 bilion peruntukan tahunan yang diluluskan. Perbelanjaan dijangka akan meningkat apabila aktiviti-aktiviti dirancang bermula pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Kementerian Kewangan dalam Persidangan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Justeru, Soon Koh berkata, beliau menyeru agar semua pihak berkepentingan supaya meneruskan komitmen mereka bagi memantau projek-projek yang dilaksanakan dengan lebih dekat.

Katanya, langkah tersebut penting bagi memastikan semua projek dapat dilaksanakan mengikut rancangan dan dalam lingkungan bajet yang diperuntukan.

“Semua program dan projek terutama di kawasan luar bandar yang berimpak tinggi dan mempunyai kesan limpahan besar kepada kebanyakan rakyat, perlu dilaksanakan mengikut masa agar merancak pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri,” katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) dan jentera perlaksanaannya akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan Rancangan Boleh Pinda Persekutuan (Federal Rolling Plan) di negeri ini dijalankan dengan lancar, efektif serta siap mengikut tempoh.
 
Back
Top
Log in Register