BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kolej KEDA Raih 32 Pingat Di WCC 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kolej KEDA Raih 32 Pingat Di WCC 2026​

768f8ad642762fc074d3963a8de76c8d6a12d6a6f10f9

63f1c3d7c8ef6c7e6343a8d21954df956a12d6a134dce


Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melakar sejarah di pentas kulinari antarabangsa apabila meraih keseluruhan 32 pingat pada Kejohanan Cef Dunia (WCC) 2026 yang berlangsung di Johor Bahru.

Pertandingan yang diadakan dari 21 hingga 23 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Juara Juru Masak Malaysia (MCMA).

Pengurus Besar KEDA Afifah Omar berkata daripada keseluruhan pingat tersebut, Kolej KEDA meraih 12 pingat emas, 19 pingat perak dan satu pingat gangsa.

“Daripada 12 pingat emas itu, dua merupakan pengiktirafan tertinggi dalam kategori ‘Excellent Gold’, manakala 10 lagi ialah pingat emas standard, sekali gus meletakkan institusi ini sebagai antara kontinjen paling menyerlah sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.

“Kejayaan ini amat membanggakan kerana pelajar bukan sahaja diuji dari aspek kreativiti dan rasa, malah turut dinilai dari segi ketepatan teknik masakan moden dan tradisional serta aspek kebersihan dapur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Afifah berkata antara kategori kompetitif yang dimenangi termasuk Free Style Cookies, Team Fruit or Vegetable Carving, Thai Modern Main Course, Spaghetti Challenge, Char Kuey Teow, masakan tradisional seperti kurma daging dan rendang ayam, serta seni pembuatan minuman seperti teh tarik ‘freestyle’.

“Platform ini berjaya mengasah bakat serta membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar Kolej KEDA, sekali gus membuktikan kebolehpasaran graduan luar bandar dalam bidang hospitaliti dan seni kulinari di peringkat global.

“Pihak pengurusan KEDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh peserta serta tenaga pengajar atas usaha, dedikasi dan semangat juang luar biasa yang ditunjukkan dalam mengharumkan nama kolej dan negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register