BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Raih Lima Pingat Di Kejohanan World Robot Challenge Di Beijing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Raih Lima Pingat Di Kejohanan World Robot Challenge Di Beijing​

cbb6d98eb6b2a081ac2c7bd8a7e612f76a79cd0bad958

49a2b72e64a5f973c55d4af2fb1596556a79cd2309eef

d3a1e1e1e47bf1c253fd4e0f17a069e76a79cd7597469

3f8b8331fac77883d6ac23b88d0846446a79cdcbbb6cd

Che Raeesa Che Rostami, 12, dari SK Taman Melawati 2 (kiri), Anaqi Azizi Asnur, 11, dari SK Putrajaya Presint 16 (2) (tengah) dan Wan Umar Wan Azlan, 10, dari SK Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 1 (kanan) menunjukkan pingat yang dimenangi mereka selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini. Pasukan itu memenangi lima pingat, iaitu dua emas, satu perak dan dua gangsa pada Kejohanan Robotik Dunia di China.

Pasukan Malaysia berjaya meraih dua pingat emas, dua gangsa dan satu perak pada kejohanan World Robot Challenge ke-23 yang berlangsung di Beijing pada Sabtu dan Ahad lepas.

Pencapaian itu menyaksikan peningkatan berbanding tahun lepas yang sekadar membawa pulang dua pingat.

Pengarah projek World of Robotics Sdn Bhd (World of Robotics) Michelle Choo berkata Malaysia diwakili 92 peserta berumur antara sembilan hingga 18 tahun di kejohanan antarabangsa berkenaan yang menghimpunkan lebih 5,000 peserta dan peminat robotik dari lebih 40 negara seluruh dunia.

“Sebelum ini, pelajar-pelajar ini menyertai pertandingan World of Robotics Championship. Selepas pertandingan tersebut, kami sediakan latihan intensif sebagai persediaan, dan saya rasa mereka sememangnya bersedia untuk menghadapi cabaran di Beijing,” katanya sejurus tiba dari Beijing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di sini hari ini.

Choo berkata kejayaan pasukan Malaysia di Beijing itu bukan sahaja mencerminkan kemampuan pelajar tempatan bersaing di pentas antarabangsa, malah membuktikan usaha berterusan dalam pembangunan bakat muda dalam bidang robotik mampu menghasilkan pencapaian membanggakan negara.

Sementara itu Pengerusi World of Robotics Zainuren Mohd Nor berkata peserta yang terdiri daripada berbilang kaum di bawah “payung Malaysia” di Beijing menyerlahkan semangat kenegaraan mereka.

“Mereka bukan setakat bertanding, tapi kita membina semangat kenegaraan yang sangat kuat. Hubungan mereka sangat rapat, macam adik-beradik, malah menerima sokongan padu daripada ibu bapa.

“Saya juga percaya dengan penglibatan pelajar dalam bidang robotik akan memupuk minat mereka untuk belajar STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik),” katanya.

Lima pingat berkenaan melibatkan empat kategori iaitu Puck Collector Junior (emas dan gangsa), Puck Collector Senior (perak), Robobowling Senior (emas) dan Freestyle Junior (gangsa).

 
Back
Top
Log in Register