BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Bangga Kejayaan KEMAS Raih 48 Pingat Kejohanan Kulinari Dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ahmad Zahid Bangga Kejayaan KEMAS Raih 48 Pingat Kejohanan Kulinari Dunia​

c9789ed38e22df764d831883fcff363f6a12c48cb9036

35cd4df01010dce2a5a3b2d96ea1844b6a12c49dd355d

--kredit KEMAS

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada 49 Pemaju Masyarakat bidang masakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang berjaya meraih 48 pingat pada Kejohanan Cef Dunia (WCC) 2026 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir semalam di Johor Bahru.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kejayaan pada kejohanan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara itu merupakan pencapaian luar biasa yang wajar dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, tenaga pengajar, jurulatih serta warga KEMAS yang bertungkus-lumus membawa nama negara dengan penuh semangat dan dedikasi.

“Apa yang lebih membanggakan, kejayaan ini turut mengetengahkan identiti kulinari tempatan ke peringkat dunia menerusi kreativiti dan kemahiran dimiliki warga KEMAS.

“Daripada masakan tradisional hingga seni kulinari moden, semuanya berjaya dipersembahkan dengan cemerlang sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kejayaan itu membuktikan institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus relevan dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang mampu bersaing di pentas global.

“Saya percaya pencapaian ini akan menjadikan kualiti Pemaju Masyarakat bidang masakan KEMAS lebih dipandang tinggi dan menarik lebih ramai anak muda melihat bidang kemahiran sebagai laluan masa depan yang lebih jauh.

“Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register