BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Counselor On Wheels' UPSI Raih Pengiktirafan MBOR

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
ac704c388e971766b0c9fb162976201269d643a0acd66

Foto kredit : Bahagian Komunikasi Korporat UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pelaksanaan First Mobile Mental Health Counseling Program menerusi inisiatif ‘Counselor on Wheels’ (COW), menjadikannya program kaunseling kesihatan mental bergerak pertama di negara ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Dr Norkhalid Salimin berkata inisiatif berkenaan merupakan satu langkah proaktif universiti dalam mendekati komuniti dengan membawa perkhidmatan intervensi kesihatan mental secara terus kepada masyarakat.

“Melalui inovasi ‘Counselor on Wheels’, Bas Pendidikan UPSI diubah menjadi platform perkhidmatan kaunseling bergerak yang bukan sahaja menumpukan aspek pencegahan dan psikopendidikan, malah turut menyediakan intervensi serta rujukan kepada pakar.

“Program ini membuktikan universiti bukan sekadar pusat penyebaran ilmu, tetapi juga berperanan menyelesaikan isu masyarakat khususnya dalam aspek kesejahteraan mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBOR Siti Hajar Johor sempena Majlis Perasmian First Mobile Mental Health Counseling dan Sambutan Bulan Kesedaran Autisme yang berlangsung di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI di Tanjong Malim hari ini.

Selain itu, Norkhalid berkata pasukan pelaksana yang terdiri daripada pegawai psikologi dan fasilitator mahasiswa terlatih dalam Psychological First Aid (PFA) telah berjaya menyantuni seramai 7,648 peserta di 38 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Inisiatif ini diperkukuh dengan penggunaan teknologi realiti maya (VR) yang membantu memberikan pengalaman intervensi lebih efektif, sekali gus mengurangkan stigma masyarakat terhadap rawatan kesihatan mental,” katanya.

Sementara itu, majlis sama turut menyemarakkan Sambutan Bulan Kesedaran Autisme yang diraikan sepanjang April bagi meningkatkan kefahaman serta penerimaan masyarakat terhadap individu autisme.

Norkhalid berkata autisme perlu dilihat sebagai satu keunikan yang memerlukan sokongan dan kefahaman, bukan penghakiman.

 
Back
Top
Log in Register