BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AAK Terima Pengiktirafan MBOR 'Largest Belt Press System Dewatering Plant'

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

AAK Terima Pengiktirafan MBOR 'Largest Belt Press System Dewatering Plant'​

3db4a5f6e3ae9067791eed41910e9dd56a61d8d0a29e2


Alam Aliran Kualiti (M) Sdn Bhd (AAK) hari ini menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records (MBOR) atas pencapaian Largest Belt Press System Dewatering Plant bagi Loji Penyahairan Sungai Dua, yang dibangunkan dengan kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Pengarah AAK Gokulaan Balan berkata loji berkenaan memiliki kapasiti rawatan sebanyak 10 juta liter sehari (10 MLD) dan mampu memproses sehingga 450 tan metrik enap cemar sehari.

Beliau berkata ia menandakan satu pencapaian penting bagi syarikat berkenaan dan membuktikan kepakaran kejuruteraan Malaysia dalam membangunkan infrastruktur alam sekitar bertaraf antarabangsa.

“Pengiktirafan MBOR ini bukan pengakhiran perjalanan kami, sebaliknya menjadi permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar.

“Ia memberi inspirasi kepada kami untuk terus melakukan inovasi, mencapai kecemerlangan dan memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar demi manfaat kepada negara,” katanya pada majlis penyampaian MBOR berkenaan di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Christopher Wong menyampaikan pengiktirafan berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AAK Datuk Balan Agambram dengan disaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan turut dihadiri Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Datuk Seri Jaseni Maidinsa.

Gokulaan berkata Loji Penyahairan Sungai Dua adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk memacu inovasi dalam kejuruteraan alam sekitar dan pengurusan sisa secara mampan, di samping menyokong aspirasi Malaysia dalam aspek pengurusan air lestari, pemulihan sisa terjadual dan pembangunan ekonomi kitaran menerusi penyelesaian kejuruteraan yang praktikal serta mesra alam.

Sementara itu, Chow berkata projek berkenaan memperlihatkan bagaimana inovasi mampu mengubah sisa hasil rawatan air yang lazimnya dilupuskan di tapak pelupusan kepada Eco Green Cement Bricks, sekali gus mewujudkan nilai baharu melalui pendekatan ekonomi kitaran.

Beliau berkata kemudahan di Sungai Dua mampu mengendalikan sehingga 10 juta liter sisa hasil rawatan air dan kira-kira 450 tan metrik enap cemar sehari, di samping memulihkan air terawat untuk disalurkan semula ke proses rawatan, sekali gus mengurangkan pembaziran sumber air dan memperkukuh jaminan keselamatan air jangka panjang Pulau Pinang.

 
Back
Top
Log in Register