BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Terima Pengiktirafan MBOR

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,181
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,181
Reaction score
346
Points
141
8226e5e16f8c8cf868ca72acdd8194a268d4fcc72a80d


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu hari ini menerima pengiktirafan bagi penganjuran aktiviti di bawah program ‘Largest Turn Out In TVET Fair' (penyertaan teramai dalam pameran TVET) oleh Malaysia Books of Records (MBOR).

Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid berkata sijil pengiktirafan bagi kategori agensi kerajaan itu disampaikan oleh Ketua Penyelidikan MBOR Siti Nurhanim Mohd Noh di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Turut hadir Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dr Mohd Daud Isa.

Beliau berkata SPRM yang berperanan sebagai penyedia program bagi Mega Fiesta TVET POLYCC 2025 telah melaksanakan dua aktiviti iaitu Pertandingan Diorama Antirasuah dan Diskusi Antirasuah Dana Awam 2025.

"SPRM telah menjalankan dua program tersebut secara serentak pada 27 Ogos lalu. Selain SPRM, terdapat 28 agensi lain yang terlibat sebagai penyedia program di Mega Fiesta TVET POLYCC 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazrul Shazreen berkata penganjuran Mega Fiesta TVET POLYCC 2025 yang diadakan pada 15 Julai hingga 25 Sept lepas berjaya menarik sebanyak 149,663 peserta.

 
Back
Top
Log in Register