BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Perlu Tubuhkan Lembaga Industri Ternakan Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sarawak Perlu Tubuhkan Lembaga Industri Ternakan Negeri​

2973c6f128a8c8c1db959bcb9c43ca036a071150d1bb9

Datuk Miro Simuh

Kerajaan Negeri Sarawak dicadangkan menubuhkan satu entiti khusus dikenali sebagai Lembaga Industri Ternakan Sarawak (SLIB) bagi menerajui pembangunan industri ternakan secara lebih tersusun, moden dan berskala besar di negeri berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu Datuk Miro Simuh berkata penubuhan lembaga berkenaan penting memandangkan Sarawak masih bergantung tinggi kepada import daging lembu, kambing dan produk ternakan dari luar negara, selain berdepan cabaran keselamatan makanan global serta kenaikan kos import.

Beliau berkata Sarawak mempunyai tanah yang luas, sumber semula jadi mencukupi serta potensi besar untuk membangunkan industri ruminan seperti lembu, kerbau dan kambing secara komersial.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) pada masa ini lebih tertumpu kepada fungsi regulatori seperti kawalan penyakit ternakan, biosekuriti, penguatkuasaan dan kawalan import.

“Justeru, kita memerlukan sebuah lembaga pembangunan yang lebih fokus kepada aspek ekonomi, pelaburan dan pembangunan industri ternakan secara menyeluruh,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih atas titah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Cadangan sama turut disuarakan Dr Simon Sinang Bada (GPS-Tebedu) yang menggesa Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak menubuhkan SLIB selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Beliau berkata lembaga itu boleh membantu meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran daging lembu dan kambing kepada sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang 2030, selain mengurus pembangunan kawasan penternakan babi, pusat pembiakan ruminan dan menarik pelaburan sektor swasta.

“DVSS menghadapi isu tenaga kerja… dengan penubuhan ini, DVSS boleh memberi tumpuan serius kepada pembasmian penyakit, kuarantin, penguatkuasaan dan perkhidmatan makmal,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register