BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sapa pernah kena gout

elakkan 5 perkara

daging merah,,cam daging lembu or kambing
bahagian dalaman haiwan(hati,limpa)
KEKACANG( kacang panjang, ngan yin, kacang boto dan lain2 kacang)
kobis dan bayam
seafood

aduiii..

daging aku suka, tambah2 kambing..
memang lagi suka..
pedal ayam, hai limpa aku suka..

apa kana daya. kene pantang laa. huhu
 
alamak... tulis dah panjang ilang pulak.. nanti ler tulis pulak..
 
buat bekam kat kaki..
Insya Allah gout hilang..
 
Gout nie disebabkan oleh lebihan asid urik...

mak aku baru nie kena...

aku google n print segala benda berkaitan gout..

mak aku punya la study n betul2 ikut makanan yang patut elak..

dahla banyak n baru nie dia check asid urik dia dh banyak turun n

xdak sakit2 sendi dh..gout nie kena jaga makan la sama cam kencing

manis n darah tinggi..nk cepat baek g farmasi cakap nk glucosamine

pas2 cari la ubat yang boleh menggalakn ko kencing..try kat HPA

pun ok..untuk bagi lagi cepat asid urik kuar dari badan ko..
 
aku dh penah kena...sakit wooooo...mmg giler ahhhh

aku rasa sbb byk makan tomyam campor & seafood
 
kalau yg kat tapak kaki rasa mencucuk ngan jarum tu gout jugak ke? aku pernah kena camni asal aku makan udang..
 
Aku ade....sakit wooooo
:((

Paling penting makan kene pantang ...bukan pantang jumpe makanan...ko sebat semua:eek:
Ubat dy...yg biase aku makan .....allopurinol 300 mg...kalau xsakit sangat...makan yg 100 mg je....

Kalau dah makan ubat nie...air masak kene telan banayk2... kalau x nnt kene batu karang pulak...lagi azab.....
 
ooo.. kobis x leh ye.. aku rasa aku ada sintem gout, sbb aku ada banyak mkn seafood 3 hari lepas.. maklumlahh. kat tawau seafood murahh.. lepas tu terus sakit sendi jari kaki... aduii

Itu petanda awal, darah anda sudah berasid dan melepasi tahap normal. Kalau tak percaya, pergi lakukan ujian darah:D:D:D
Gout berlaku kerana lebihan asid urik yang tidak lagi dapat dikawal disebabkan pemakanan yang penyebab kearah pembentukan asid urik.
Tiada jalan untuk meredakan gejala ini kecuali mengawal@pantang kepada makanan2 yg menjadi penyebab asid urik.
Ia tidak boleh dilakukan melalui senaman spt sakit2 lain kerana ia melibatkan tahap keasidan darah anda.

Betul apa yg diperkatakan forumer, kurang dan jauhkan makanan seperti makanan laut spt udang , ketam, sotong, kerang, ikan cencaru dan ikan2 yg mempunyai kehitaman pd dagingnya. Tetapi ikan yg putih isinya seperti ikan kembung, siakap ok.

Daging masak merah, cukup sempoi kalau nak rasa cepat gejala gout untuk pesakit sedia ada.

Kekacang ,paling cepat gejala 'kacang cerdik', kobis dan tomata.

Jeruk2 buah.

Kena amal air yang beralkali untuk menurunkan tahap keasidan dalam badan.

Air beralkali dapat menurunkan paras asid darah anda. Tapi kena amal DAN ia bukan lesen untuk anda kembali enjoy makanan yg dipantang secara lahap, boleh ambil secara sedikit, ambil rasa.

Ubat ada pelbagai ubat dari yg ada steroid dan tak ada steroid, tapi ia bukan penyembuh, ia sekadar meredakan supaya anda kembali selesa menjalani kehidupan dari meraung2 di tengah malam:D

Kalau yg ada steroid, makan pagi sebelah petang anda dan boleh main bola dah:D tapi jangan tanya ambil di mana.

Kalau kat farmasi ada pelbagai ubat gout, ceritakan kepada ahli farmasi tahap gout anda, InshAllah kesakitan anda dapat diredakan secepat mungkin.

Sentiasa simpan ubat gout yg ahli farmasi kasi di dalam poket anda. Kerana JIKA anda tersilap ambil makanan yg berpantang secara berlebihan dan tanpa sengaja. Segera ambil 1 dose dan pantau gejala tanda2 gout nak bermula. Segera perbanyakkan air kosong semasa itu jika air alkali tiada. Ini akan membantu membuang asid terbentuk dengan segera melalui kencing.

Selamat berhati2 dalam makan. Semua makanan yg halal tuhan jadikan untuk kita nikmati tetapi kita terlupa pesanan jangan berlebihan semasa sihat.:)

Ada ustaz bagi pesanan, tuhan bg kita nikmat makan cukup sempurna, setiap orang sepanjang hidup ada had maksimun untuk beliau ambil, jika beliau telah melepasi had tersebut, itu yang kita lihat pelbagai gejala masalaah kesihatan.
 
Back
Top
Log in Register