BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gejala 'trigger finger' siapa pernah kena?

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
349802-349802.jpg


Pagi bangun tidur, jari terasa ketat. Nak luruskan pun susah. Ada bunyi klik halus. Kita paksa sikit… barulah jari bergerak. Tengah hari, rasa mencucuk di pangkal jari mula datang. Petang pula, jari tiba-tiba “tersangkut” bila nak genggam sesuatu.

Hari berganti hari, gejala sama berulang.

Dan di sinilah ramai mula tertanya-tanya,
“Kenapa jari aku jadi macam ni sebenarnya?”
.

Kenapa Trigger Finger berlaku?

Di dalam setiap jari ada tendon seakan tali halus yang tarik jari untuk bengkok dan lurus. Tendon ini bergerak dalam satu laluan kecil seperti terowong, dipanggil pulley.

Bila terowong ini mengecil atau meradang, atau bila tendon membengkak, ruang jadi sempit. Tendon dah tak boleh meluncur lancar. Ia tersekat, bergesel, dan tersangkut.

Di situlah bermulanya masalah:
• rasa jari sangkut
• bunyi klik
• jari lock dan susah lurus
• sakit di pangkal jari

Ini bukan salah urat, bukan sebab angin, bukan kerana tidur pelik.
Ia keradangan pada laluan tendon.
.

Kenapa waktu pagi paling ketara?

Ini soalan yang ramai tanya.

Masa tidur, kita tak banyak gerakkan jari. Bila lama tak bergerak:
• tendon jadi lebih kaku
• keradangan kecil di dalam jadi lebih tebal
• sendi sekitar jari jadi lebih “sejuk” dan kurang fleksibel

Hasilnya, bila bangun tidur, ruang tendon yang dah sempit tadi jadi makin sempit.
Itu sebab waktu pagi jari rasa paling susah nak bergerak dan perlukan masa untuk “panas”.
.

Kenapa ada bunyi ‘klik’?

Bunyi itu muncul bila tendon yang tersekat melompat keluar dari kawasan sempit. Bayangkan tali yang tersepit dalam celah sempit, bila ditarik kuat, ia terlepas dan berbunyi.

Itulah trigger.
.

Bila ia jadi makin teruk…

Gerakan jadi semakin sukar.
Jari boleh terkunci sepenuhnya.
Ada hari jari tak boleh buka melainkan ditarik paksa. Ada orang sampai tak boleh genggam sudu atau pegang kunci.

Semua ini berlaku perlahan-lahan… dan kita tak sedar bila ia mula mengawal hidup harian.
.

Apa yang perlu dibuat?

Rawatan bergantung tahap:
• rehat & hadkan pergerakan
• splint untuk stabilkan jari
• ubat & fisioterapi untuk kurangkan bengkak
• suntikan steroid untuk kes sederhana
• pembedahan kecil untuk kes terkunci atau berulang

Yang penting: jangan tunggu sampai jari benar-benar mengunci.

Akhirnya, ini mesej untuk semua. Kalau jari kita mula memberi petanda sangkut, klik, sakit, kaku pagi itu tubuh sedang beritahu, “tolong perhatikan aku sebelum terlambat.”

Jari yang kita guna setiap hari pun perlukan ruang untuk sembuh.

#MalaysiaHealth
 
Den ado.. dekat ibu jari.. kadang2 nak bengkok tu dia jadi lock.. sakit ya amat.
apo den buat adalah buat latihan ibu jari setiap pagi
alhamdulillah jarang2 lock dah jari den nie
 
dah 2 tahun jari telunjuk terlock bila pegng benda sejuk cotoh ais atau menggunakan oto jari secara berlebihan, contoh membuka tutup boltol
 
Back
Top
Log in Register