Santos anak bertuah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

Kemampuan Santos, 6, menarik kereta Mercedes Benz E240 yang dinaiki empat lelaki dewasa sejauh 120 meter dalam masa dua minit dianggap luar biasa.


Milo dan makan putih telur dikaitkan dengan kekuatan Santos.


Santos juga mahir memandu kereta, lori tiga tan dan forklif seperti orang dewasa.


SANTOS menarik kereta Mercedes bapanya di Klang, 15 Disember lalu.




KEHEBATAN Mendiang Letchemanah tidak dapat dipertikaikan lagi.


ANAK perempuan Letchemanah, Jaybharathy turut mengikut jejak langkah mendiang bapanya.


RAJA Gigi mencatat nama dalam Guinness World Records kerana kekuatannya menarik tiga gerabak tren komuter.​
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
GELAGAT T. Santosperumal yang baru berusia enam tahun sama seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya - gemar bermain basikal dan bermain permainan komputer.

Namun, Santos mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada kanak-kanak lain - menarik kereta seberat hampir 2,000 kilogram (kg).

Ketika ditemui Jurnal di kediamannya di Kampung, Jawa, Klang, Selangor, Santos agak malu-malu dan enggan menjawab pertanyaan.

"Dia penat bermain dengan adik-adiknya tadi," celah bapanya, Thiagu Nyanaselan, 42.

Thiagu berkahwin dengan isterinya, Chelvee Marimuthoo, 38, pada tahun 1993 tetapi hanya dikurniakan anak pertama 10 tahun kemudian. Anak itu ialah Santos.

Bercerita lanjut, Thiagu berkata, sebelum isterinya mengandungkan Santos, beliau pernah berdoa di kuil di India supaya memperoleh cahaya mata.

"Setiap pasangan suami isteri ingin mempunyai anak secepat mungkin. Tetapi saya ambil masa 10 tahun sebelum mendapat anak.

"Memang dia (Santos) anak yang bertuah," kenang Thiagu.

Sejak kelahiran Santos, Thiagu yang merupakan usahawan besi buruk sering mendapat keuntungan dalam perniagaan sehingga membolehkan beliau membeli sebuah kereta Mercedes Benz E240 secara tunai beberapa tahun lalu.

Lebih menarik, dua minggu lalu Santos telah mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya menarik kereta Mercedes bapanya itu.

Namun, Santos mampu menarik beban seberat itu dengan tali terlilit di pinggang sejauh 120 meter dalam masa dua minit.

Pandu lori tiga tan

Kelebihan dan kekuatan luar biasa Santos mungkin berpunca daripada bapanya.

Kerana teruja mendapat anak setelah menunggu sekian lama, Thiagu sering membawa Santos menaiki forklif, lori tiga tan dan kereta sambil memangku anaknya itu di tempat duduk pemandu.
KEHEBATAN Mendiang Letchemanah tidak dapat dipertikaikan lagi.

"Selain itu, saya sering meletakkan tangannya di atas stereng. Yang peliknya setelah berusia empat tahun dia ikut memegang stereng dan cuba memandu sendiri.

"Semestinya saya terkejut dan takut. Dia memandu seperti seorang pemandu mahir.

"Disebabkan dia masih kecil, sebiji bantal perlu diletakkan di tempat duduk pemandu bagi membolehkan dia memegang stereng dengan kemas dan melihat ke depan.

"Kini dia mahir membawa lori tiga tan, forklif serta kereta kancil.

"Tetapi saya hanya benarkan dia memandu di dalam kawasan syarikat, bukan di jalan raya kerana tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku.

"Lagipun dia tidak ada lesen. Kena tunggu 10 tahun lagi baru layak ambil lesen," katanya ketawa.
ANAK perempuan Letchemanah, Jaybharathy turut mengikut jejak langkah mendiang bapanya.

Bercerita mengenai anaknya, Thiagu berkata, Santos sangat meminati sukan seni mempertahankan diri, silambam serta gemar minum Milo, makanan bijirin dan telur.

"Sejak kecil dia suka minum Milo menggunakan botol susunya, menghisap puting susu dan memegang kain batik yang digunakan untuk membalut tubuhnya semasa dia baru lahir dahulu.

"Semua itu wajib dia lakukan sebelum tidur dan ketika bangun.

"Saya tidak pasti sama ada rutin itu yang memberikan kekuatan kepadanya untuk menarik kereta dan pandai membawa kenderaan," kongsi Thiagu yang ingin anaknya menjadi seorang peguam apabila besar nanti.

Menurut Thiagu, beliau tidak berpelajaran tinggi, sebab itulah beliau sekadar bekerja membantu perniagaan keluarga.

Bagi 'si badang kecil' pula, beliau sudah memasang impian untuk menarik kapal terbang pula.

"Saya ingin tarik kapal terbang besar selepas ini. Kereta kecil sangat," ujar Santos kepada Jurnal minggu ini.

Kisah 'Raja Gigi'

Santos bukanlah orang kuat pertama muncul di negara ini. Lelaki bernama Rathakrishnan Velu, 44, pernah mendapat perhatian selepas berjaya memperbaharui rekod dunianya apabila berjaya menarik tiga buah gerabak tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seberat 297,000 kilogram sejauh 2.8 meter menggunakan gigi pada 31 Ogos 2007.

Malah usaha beliau yang merupakan bekas pengawal peribadi itu turut mengatasi rekodnya sendiri.

Pada tahun 2003, Rathakrishnan mengagumkan dunia apabila mampu menarik dua gerabak tren komuter KTMB seberat 260,000 kg sejauh 4.2 meter, juga di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Catatan baru itu telah mendapat pengiktirafan Guinness World Records (GWR) sebagai rekod baru menarik beban menggunakan gigi.
RAJA Gigi mencatat nama dalam Guinness World Records kerana kekuatannya menarik tiga gerabak tren komuter.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dan gembira apabila dapat mengatasi rekod dunia terutama ketika seluruh negara bersiap sedia menyambut Hari Kemerdekaan," katanya ketika itu.

Beliau yang diberi nama jolokan Raja Gigi itu bagaimanapun agak kecewa kerana gagal melepasi sasaran awal untuk menarik gerabak itu melebihi 4.2 meter berikutan air liurnya keluar terlalu banyak hingga sukar untuk memperkuatkan cengkaman gigitan.

Si penarik kapal terbang

Cerita mendiang Letchemanah Ramasamy atau Mighty Man yang berjaya menarik sebuah kapal terbang Boeing 737-200 menggunakan rambut yang dicatatkan dalam Guinness Book of World Records semasa berusia 36 tahun juga tidak dapat dilupakan.

Letchemanah menarik sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) seberat 32,163 kilogram di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor pada 30 September 1990.

Dengan seutas tali diikat pada rambutnya, beliau mampu menarik pesawat itu sejauh 39 meter.

Beliau yang merupakan seorang atlet sekitar tahun 1968 pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

"Saya pernah berlatih dalam seni mempertahankan diri seperti silambam, karate dan taekwando dan mewakili negara dalam sukan taekwando di Athens pada tahun 1987," katanya ketika ditemu bual wartawan.

Mendiang Letchemanah juga mempelajari silambam di bawah pengawasan Master Muniandy yang juga bapa saudaranya.

Yoga pula banyak membantu Letchemanah dalam mencapai tahap konsentrasi yang tinggi.

"Setiap kali melakukan yoga, saya cuba menggunakan teknik Brahma Gandam untuk membawa bekalan oksigen ke bahagian atas iaitu ke permukaan rambut.

"Saya juga sering melakukan senaman seperti berlari sejauh enam hingga tujuh kilometer.

"Apabila tarikh sesuatu rekod yang hendak dilakukan semakin dekat, saya akan mengambil makanan berupa sayur-sayuran dan mengelakkan daripada melakukan sebarang tabiat buruk seperti marah-marah dan mengeluarkan kata-kata kesat," ujarnya.

Kebolehan mendiang juga diikuti oleh anak-anaknya. Thiayagarajan, 31, Karthiyainee, 30 dan Jaybharathy, 24, yang pernah melakukan beberapa aksi lasak menggunakan rambut dan gigi.

Misalnya, Thiayagarajan pernah menarik sebuah bas dengan gigi sejauh 31 meter pada tahun 2001 di Batu Caves, Selangor.

Kathiyainee pula menarik dua buah kereta yang membawa empat orang penumpang ketika berumur tujuh tahun sejauh 15 meter di Cameron Highlands, Pahang.

Jaybharathy turut memegang beberapa rekod menarik kereta dalam MBOR.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register