BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami isteri disangka ibu, anak

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,707
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,707
Reaction score
97
Points
80

Suami isteri disangka ibu, anak​

KOLAJ1.jpg

GAMBAR fail tanpa tarikh menunjukkan Hou Xiang dan isterinya. – AGENSI

BEIJING – Penampilan Hou Xiang yang kelihatan muda menjadi topik hangat di China selepas gambar pelakon berusia 40 tahun itu dan isterinya tular di media sosial, bertahun-tahun selepas perkahwinan mereka, lapor laman berita Oddity Central.

Sebilangan netizen menyatakan, mereka lebih kelihatan seperti pasangan ibu dan anak lelaki tetapi Xiang tidak membiarkan kritikan sedemikian  menjejaskannya.

Lagipun, dia berdepan dengan perkara itu sepanjang hidupnya.

Menurut media China, Hou Xiang dilahirkan pramatang selepas ibunya mengalami kekurangan zat makanan semasa hamil.

Dia sentiasa lebih kecil daripada kanak-kanak lain seusianya  tetapi sekitar umur  sembilan tahun, perkembangan fizikalnya terhenti dan dia kelihatan seperti budak lelaki sepanjang hayatnya.

Disokong oleh keluarga, Xiang menceburi bidang lakonan, manakala pada 2005, namanya popular selepas dia  memegang watak sebagai pelajar sekolah rendah dalam drama komedi situasi, Home with Kids. Xiang berumur 19 tahun pada masa itu.

Xiang kemudian berlakon dalam banyak  drama popular termasuk Stepfather, Chuang Guandong, dan Tunnel Warfare, di mana dia melakonkan pelbagai watak muda.

Pelakon berusia 40 tahun itu mengakui bahawa penampilan dan suara keanak-anakannya sangat membataskan watak yang boleh diambil tetapi dia sentiasa berusaha untuk melakonkan  setiap peranan dengan sempurna.

“Bagi saya, bukan mudah untuk menemui skrip dan peranan yang benar-benar saya suka.

“Saya berharap  dapat menguasai sepenuhnya setiap peranan dalam julat ini. Itu juga dikira sebagai satu kejayaan bagi seorang pelakon,” kata Xiang. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register