BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung saman Apple lagi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SEOUL 19 Dis. - Samsung Electronics hari ini memfailkan tuntutan undang-undang baru terhadap pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS), Apple, mendakwa pengeluar iPhone itu menceroboh empat paten mereka.

Tuntutan tersebut difailkan Jumaat lalu di mahkamah daerah Mannheim, Jerman berhubung dakwaan pencabulan paten termasuk teknologi standard telekomunikasi Samsung dan antara muka pengguna.

Kedua-dua gergasi teknologi itu turut berdepan pelbagai kes undang-undang lain di seluruh dunia, sekali gus menjelaskan lagi persaingan sengit mereka untuk menerajui pasaran luas telefon pintar dan komputer tablet yang sangat menguntungkan.

Apple memulakan proses tersebut pada April lalu, menuduh Samsung meniru 'bulat-bulat' rekaan iPhone dan iPad mereka. Samsung sebaliknya lebih fokus terhadap tuntutan mahkamah berkenaan paten teknologi berbanding rekaan.

Syarikat dari Korea Selatan itu menerima dua tuntutan undang-undang bulan ini. Pada 9 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Australia membenarkan Samsung menjual tablet Galaxy 10.1 di negara tersebut sempena Krismas, menafikan tuntutan Apple yang meminta pengharaman dilanjutkan.

Sebelum itu awal bulan lalu Hakim Mahkamah Persekutuan di San Jose, California menafikan permintaan injunksi awal Apple yang mahukan pengharaman penjualan tiga jenis telefon pintar dan komputer tablet Samsung di AS. - AFP



sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/inf...=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm
 
gaduh la korang... aku xnak campur.. janji ko buat hp tu lebih canggih sudah :))
 
X sangka apple ni busuk hati jgk. Sanggup menceroboh hehehe :-)
 
gaduh2...saman.....pennguna yg untung....mmg terbaik....
 
X sangka apple ni busuk hati jgk. Sanggup menceroboh hehehe :-)

agaknya epal busuk mcm ni kot..

bad+apple+2.png


:eek::eek::eek:
 
yes...gaduh la yg penting gajet korang tak haram kat mesia ni
 
setakat saman menyaman kat court apa la sgt..cuba la diorg perang harga pulak..kn lg bagus..:D
 
tapi yang bestnya dorang gaduh-gaduh tapi saling memerlukan :)
lawak betul la :))
 
marketing strategi ades tak habis2 nak gaduh
 
Back
Top
Log in Register