BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Apple App Store Versi Web Akhirnya Di Lancarkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Stor aplikasi Apple App Store kini akhirnya boleh diakses terus daripada pelayar web. Sebelum ini jika App Store cuba diakses, pengguna diberikan pautan kepada aplikasi yang kemudian membuka aplikasi App Store di peranti Apple milik mereka. Menerusi App Store versi web, pengguna boleh melakukan carian aplikasi dengan lebih mudah. Tab sisi kiri mempunyai pintas untuk aplikasi untuk iPhone, iPad, Mac, Vision, Watch dan TV. Ia turut memaparkan saranan aplikasi yang perlu dipasang pada peranti berdasarkan sistem operasi yang digunakan. Carta aplikasi popular turut boleh dilihat menerusi antaramuka baharu ini. Dengan keseluruhan App Store boleh diakses menerusi web, carian aplikasi tertentu juga menjadi murah. Mereka yang tidak mempunyai peranti Apple turut boleh melihat apa yang ditawarkan tanpa kekangan tiada peranti seperti sebelum ini.
1762250161725.png
 
Back
Top
Log in Register