BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Samsung Galaxy S26 Di Katakan Mungkin Hadir Dengan Kapasiti Bateri Jauh Lebih Tinggi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Samsung kini dilaporkan bakal menambah-baik penawaran bateri pada telefon mercu akan datang tahun hadapan, dengan teknologi baharu, sekaligus membolehkan ia mencapai kapasiti sehingga 7000mAh. Mengikut laporan dari Korea Selatan, Samsung dikatakan akan menggunakan teknologi penyelesaian Silikon-Karbon, sekaligus membolehkan kapasiti bateri yang lebih tinggi melaluinya berbanding penggunaan teknologi berasaskan grafit.

Samsung dikatakan sedia melabur tinggi dalam pembangunan bateri ini, dan pada masa yang sama turut mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga. Sebelum ini, Samsung antara yang bergerak laju dalam pengenalan teknologi bateri baharu, sehingga berlaku insiden Galaxy Note 7, membuatkan model berkenaan dibatalkan sepenuhnya disebabkan masalah bateri. Selain Samsung, beberapa pengeluar China telah mula menggunakan teknologi bateri baharu ini dalam peranti keluaran mereka.​
 
Last edited:
Butiran Mengenai Samsung Galaxy S26 Ultra Di Katakan Tertiris

Samsung akan melancarkan siri peranti boleh lipat mereka, Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Samsung Galaxy Z Flip 7 dalam masa dua hari sahaja lagi, tetapi butiran spesifikasi untuk peranti mercu mereka pada tahun hadapan, Samsung Galaxy S26 Ultra nampaknya telah tertiris ke arena web. Terkini, seorang peniris maklumat peranti, PandaFlashPro di X/Twitter telah meniriskan sejumlah butiran tentang peranti pintar mercu tersebut, seperti CPU yang akan digunakan, butiran bateri dan juga modul kamera.

Pertama ialah CPU yang akan menguasakan peranti ini. Dimana Samsung Galaxy S26 dan Samsung Galaxy S26+ dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos 2600 yang akan dibina menggunakan proses 2nm Samsung sendiri, model Samsung Galaxy S26 Ultra dikatakan akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite 2. Dari segi penawaran memori dan storan pula, peranti tersebut akan hadir dengan 16GB memori LPDDR5X dan pilihan storan 256GB sehingga 1TB, sama seperti penawaran memori dan storan pada Samsung Galaxy S25 Ultra.

Bateri peranti ini juga dilihat hadir dengan kapasiti 5000mAH dan pengecasan pantas 45W yang sama seperti sebelum ini, tetapi dikatakan akan hadir dengan kecekapan penggunaan kuasa yang lebih baik berbanding sebelum ini. Dalam pada itu, Samsung Galaxy S26 Ultra masih akan menggunakan sistem penyejukan kebuk wasap yang 20 peratus lebih besar daripada apa yang digunakan pada Samsung Galaxy S25 Ultra. Dari segi ciri-ciri lain, ia juga akan tampil dengan sokongan untuk sambungan WiFi 7 dan pengecasan nirwayar Qi2 yang diperkenalkan pada peranti-peranti pintar Samsung bermula tahun ini.

Samsung Galaxy S26 Ultra juga dilaporkan masih akan mengekalkan sistem kamera empat lensa sama seperti apa yang digunakan pada Samsung Galaxy S25 Ultra, tetapi dengan lensa yang berbeza. Orientasi lensa kamera juga dilihat tidak akan berubah, tetapi Samsung mungkin akan mengubah rekaan bulatan di sekeliling lensa-lensa tersebut. Dari segi rekaan peranti, Samsung Galaxy S26 Ultra dijangka hadir dengan rekaan badan sedikit lebih nipis, tetapi dijangka akan mengekalkan saiz paparan 6.9 inci yang digunakan pada peranti Galaxy S25 Ultra. Spesifikasi-spesifikasi ini dilihat boleh berubah pada bila-bila masa, tetapi menurut ciapan PandaFlashPro sendiri, dia mengatakan bahawa spesifikasi ini sudah sedikit sebanyak disahkan akan digunakan pada peranti mercu tersebut. Seperti biasa, Samsung dijangka akan memperkenalkan siri peranti pintar Samsung Galaxy S26 pada awal tahun 2026.

Sumber asal https://www.notebookcheck.net/Samsu...ncluding-subtle-camera-upgrade.1052437.0.html
 
Last edited:
Siri Samsung Galaxy S26 Di Laporkan Tidak Akan Menerima Model Plus

Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 baru sahaja dilancarkan minggu lalu di Unpacked. Walaupun peranti masih lagi baharu, sudah kedengaran ura-ura mengenai siri Galaxy S26 yang akan dilancarkan pada Januari tahun depan. Menurut laporan The Elec, siri Samsung Gaalxy S26 kelak tidak akan ditawarkan dengan model Plus.

Sebaliknya hanya model Samsung Galaxy S26, Samsung Galaxy S26 Edge dan Samsung Galaxy S26 Ultra sahaja akan ditawarkan kepada pelanggan. Dengan ini pengguna hanya ditawarkan versi paling premium Ultra dengan skrin terbesar 6.89″, peranti dengan skrin kompak 6.27″ dan peranti ketiga yang mempunyai tubuh ultra nipis serta skrin 6.66″.

Ini menurut The Elec adalah berdasarkan komponen yang mula dipesan menerusi rantaian bekalan sebelum pengeluaran peranti dimulakan. Tahun ini Galaxy S25 Ultra ialah model yang paling mendapat sambutan dalam siri Galaxy S25. Selepas beberapa tahun menawarkan peranti kitar semula, tahun depan Samung tidak lagi boleh dimaafkan jika melakukannya sekali lagi.

Penawaran Galaxy S25 Edge masih terhad ke beberapa pasaran sahaja dengan sambutan dilaporkan kurang memberangsangkan. Secara peribadi saya sangat suka dengan Galaxy S25 Edge kerana ianya ringan dan nipis tetapi masih terasa premium dalam tangan tetapi kapasiti baterinya pula terlalu kebulurhan. Tahun depan jika bateri lebih besar boleh ditawarkan, mungkin siri Edge akan akhirnya menerima sambutan.​
 
Last edited:
Samsung Galaxy S26 Ultra Mungkin Menawarkan Rekaan Baharu

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S26 Ultra dengan rekaan lebih nipis serta peningkatan pada paparan, sistem kamera dan pengecasan. Maklumat ini dikongsikan oleh Ice Universe memetik gsmarena yang turut memuat baik imej pengolokan peranti berkenaan.

Galaxy-S26-Ultra-Leak-2.jpg


Satu perubahan ketara ialah reka bentuk belakang yang kini menggunakan susunan Camera Island untuk menempatkan tiga daripada empat lensa kamera. Ini berbeza daripada beberapa generasi sebelum yang menggunakan bonggol kamera secara berasingan. Galaxy S26 Ultra juga dikatakan mempunyai ketebalan kurang daripada 8mm bersama dimensi yang juga lebih tinggi dan lebar. Bagaimanapun, berat peranti dikatakan lebih ringan sekitar 218gram.

Galaxy-S26-Ultra-Leak-1.jpg


Peranti dijangka hadir dengan sensor utama 200MP yang dinaiktraf. Ini dipadankan dengan lensa telefoto baharu serta aperature lebih besar untuk periskop. Ia juga mungkin dilengkapi panel AMOLED 6.9-inci berteknologi terkini yang menawarkan ketepatan warna lebih baik dan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Pengecacan berwayar 60W berpotensi digunakan namun bateri masih kekal pada 5000mAh.​
 
Samsung Galaxy S26 Akan Akhirnya Menyokong Pengecasan 60W

Samsung hanya memberikan pengecasan maksimum 45W pada peranti mercu mereka seperti siri Galaxy S25. Alasan yang diberikan ialah pengecasan pada kuasa lebih tinggi memendekkan hayat bateri pada peranti yang direka untuk digunakan sekurang-kurangnya 7 tahun. Pada siri Galaxy S26 kelak, akhirnya pengecasan lebih pantas akan disokong.

Ulasan-Samsung-Galaxy-S25-Plus_Amanz_Pengecasan-950x534.jpg


Dalam kod One UI 8.5 yang sedang diuji pada ketika ini, kod untuk Samsung Galaxy S26 Ultra menunjukkan ia akan menyokong pengecasan 60W. Ia masih bukan yang paling pantas tetapi sekurang-kurangnya lebih pantas berbanding sebelumnya. Dalam ciapan yang dihantar oleh Ice Universe, beliau mengatakan Galaxy S26 Ultra akan masih menggunakan bateri 5000 mAh.

Samsung tidak menggunakan bateri lebih besar kerana peranti mereka dijual di pasaran yang mempunyai pelbagai sekatan ke atas peranti dengan kapasiti lebih besar jika ingin dihantar menggunakan kapal terbang. Ujian keselamatan yang lebih tinggi juga menyebabkan mereka tidak meningkatkan kapasiti bateri seperti pengeluar dari China. Aneh sekali mereka juga belum menggunakan bateri SiC kerana teknologi ini belum dihasilkan Samsung SDI.

Sumber asal https://www.sammobile.com/news/one-ui-8-5-leak-confirms-60w-fast-charging-for-galaxy-s26-ultra/
 
Back
Top
Log in Register