Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
OnePlus China kini mengacah kehadiran telefon pintar baharu mereka, OnePlus Turbo 6 untuk pasaran China, dan dijadualkan akan dilancarkan pada 8 Januari 2026. Seperti pernah dikongsikan OnePlus sebelum ini, siri “Turbo” dijangka akan memfokuskan kepada ciri “gaming” melaluinya.
Sebanyak dua variasi dijangka diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu OnePlus Turbo 6 dan juga Turbo 6V. Perbezaan penuh antara keduanya masih tidak diketahui lagi, selain daripada bahagian kamera.
Sebanyak dua variasi dijangka diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu OnePlus Turbo 6 dan juga Turbo 6V. Perbezaan penuh antara keduanya masih tidak diketahui lagi, selain daripada bahagian kamera.
Telefon ini juga akan memfokuskan sokongan bateri besar, dimana kedua-duanya dijangka menyertakan bateri berkapasiti 9000mAh. Spesifikasi lain masih belum dikongsikan lagi. Ia juga masih tidak diketahui sama ada peranti ini akan dipasarkan di luar China atau sebaliknya.