BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News OnePlus Mengesahkan Bakal Hadir Dengan Siri OnePlus Turbo

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Presiden OnePlus China kini mengesahkan pengeluar peranti berkenaan akan hadir dengan sebuah siri baharu tidak lama lagi, dinamakan OnePlus Turbo. Dibawah siri ini, pihak OnePlus akan memfokuskan kepada beberapa ciri utama, termasuk prestasi, jangka hayat bateri dan juga sokongan permainan video melaluinya. OnePlus juga mungkin memposisikan peranti ini sebagai telefon gaming oleh mereka.
1766060264079.png

Mengikut desas-desus, OnePlus dijangka memperkenalkan dua peranti dibawah siri ini pada 2026 kelak. Namun, ia tidak diketahui sama ada peranti ini akan dipasarkan di China sahaja, atau ditawarkan pada peringkat global. Dalam masa terdekat ini, OnePlus menyasarkan pengenalan OnePlus 15R secara rasminya pada minggu ini.​
 
OnePlus Turbo Akan Di Lengkapi Dengan Bateri Besar

OnePlus sebelum ini telah mengesahkan kewujudan model Turbo dan kini presiden OnePlus China, Louis Lee mula mendedahkan kebolehan peranti tersebut. Menurutnya, OnePlus Turbo kelak hadir dengan bateri yang lebih besar berbanding mana-mana model OnePlus sebelum ini. Jika OnePlus Ace 6T dengan kapasiti bateri 8300mAh sudah dianggap besar, model Turbo dikatakan akan melebihi angka tersebut. Ada yang mendakwa ia boleh mencapai sehingga 9000mAh dan hal ini tidak mustahil memandangkan Honor turut mengacah peranti WIN dengan kapasiti 10,000mAh. Pun begitu, tiada maklumat rasmi mengenai kapasiti sebenar bateri OnePlus Turbo setakat ini.
1766404591523.png

Namun, jelas bahawa trend peranti dengan bateri besar semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan pengeluar malah dijangka lebih banyak peranti komersial dengan kapasiti besar akan hadir di pasaran. Nantikan pengumuman rasmi OnePlus untuk peranti baharu mereka ini.

Sumber asal https://weibo.com/7582893032/Qj5P725nC?pagetype=profilefeed
 
Back
Top
Log in Register