BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saluran Paip Gas di Putra Heights terbakar, kawasan sekitar dihujani pasir dan debu

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,838
Top Poster #9
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,838
Reaction score
7,407
Points
481
1743470464440.png

Gambar yang dikongsikan pengguna media sosial memaparkan kebakaran yang berlaku di sebuah stesen minyak Petronas di Putra Heights sehingga menyebabkan kawasan sekitar dihujani pasir dan debu.


PETALING JAYA – Sebuah stesen minyak Petronas terbakar, pagi ini.
Media sosial kini dihujani perkongsian video mengenai kebakaran yang sedang berlaku.

Ada yang mendakwa, kebakaran yang berlaku berpunca daripada paip gas di stesen minyak terbabit.

Malah, ada penduduk sekitar memaklumkan seluruh Puchong dan Putra Heights kini dihujani batu pasir dan debu kesan daripada kebakaran tersebut.

“Bencana yg sedang berlaku. Kebakaran di Petronas Putra Height. Habis seluruh Puchong dan Putra Height kena hujan batu pasir debu. Bunyi api terbakar sangat kuat dan dasyat,” kongsi Azizee Bos Abul.

“Terkini, paip gas Petronas dikatakan punca berlaku kebakaran di Putra Height ketika ini,” kata seorang pengguna.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, satu kebakaran besar dikesan sedang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya pagi ini.

Menerusi video secara langsung yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Navan, kebakaran jelas dilihat kerana api yang menjulang tinggi selain bahangnya dapat dirasai menerusi balkoni tempat tinggalnya dipercayai sebuah apartmen. – KOSMO! ONLINE
 
bba5b298c71a53e3bba2424d86c575e467eb40ded584c


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Lagi berita akan menyusul...

 


tinggi lagi ye daripada bangunan

sumber dm
 


makin marak la pula, subhanAllah

sumber dm
 
f56d1ce2d159a598d479a65f6af2b1b767eb52e527468


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses memindahkan penduduk setempat dari lokasi berhampiran kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berkenaan yang melibatkan kebocoran saluran paip gas dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter, berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.

"Setakat ini belum dapat dipastikan bilangan penduduk yang terlibat (dipindahkan)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata 41 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya,  Puchong, Shah Alam,  Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara dan Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

Terdahulu beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 8.23 pagi tadi dan operasi pemadaman sedang giat dijalankan.

Seorang pengguna TikTok menggunakan akaun Perodua PuchongJayaJeffry, mendakwa letupan kuat kedengaran berlaku sebelum api dilihat menjulang tinggi dan ia masih marak sehingga pukul 10 pagi tadi.

Sementara itu polis juga telah menutup laluan ke lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register