BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saluran gas di Mesir diserang

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_04.1.jpg

Seorang penduduk Mesir memerhati api marak dari saluran paip gas ke Israel dan Jordan yang diletupkan kira-kira 40 kilometer ke barat bandar Al-Arish utara semenanjung Sinai, semalam. - AFP

KAHERAH 10 Nov. - Dua letupan dipercayai angkara sabotaj berlaku di satu saluran paip gas antara Mesir, Israel dan Jordan, hari ini, sekali gus menjadikan ia kejadian ketujuh selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan.

Agensi berita MENA yang memetik kenyataan sumber keselamatan dan saksi melaporkan letupan pertama berlaku di kawasan Mazar, kira-kira 30 kilometer di barat pekan Al-Arish pada pukul 1 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia), manakala kejadian kedua yang lebih kecil berlaku di barat pekan tersebut berdekatan sebuah stesen minyak. - Reuters

"Siasatan yang dijalankan mendapati alat letupan yang diubah suai (IED) diletakkan di bawah laluan paip gas dan ia diletupkan dari jarak jauh.

"Penyerang mengunakan dua trak dan wayar tambahan ditemui di tempat kejadian," kata sumber keselamatan Mesir.

Serangan tersebut menyebabkan gangguan penghantaran gas ke Jordan, namun tidak dapat dipastikan sama ada penghantaran gas ke Israel turut terjejas.

Kejadian sabotaj hari ini merupakan yang ketujuh sejak letupan pertama berlaku sehari selepas Mubarak digulingkan.

Mesir dan Israel mempunyai perjanjian gas asli selama 20 tahun yang mana Kaherah boleh mengeksport bahan tersebut ke negara jirannya itu.

Namun, perjanjian tersebut tidak disenangi rakyat Mesir dan kritikan dilemparkan terhadap rejim Zionis yang membeli gas dari Mesir pada harga yang terlalu murah. - REUTERS/AFP
 
itulah diaorg..boleh benda kita cukup murah depa bayo
 
ntah israel yg sabotaj ntuk bg laluan dorg dpt lbih. dorg mne bleh tgk bgsa len.
 
Back
Top
Log in Register