BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesir Import Gas Israel RM148 Bilion

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
09.08.2025 - Mesir menandatangani perjanjian gas bernilai AS$35 bilion (RM148 bilion) dengan Israel, lapor portal berita Middle East Eye semalam. Ia adalah hampir tiga kali ganda jumlah import gas Mesir dari medan laut gas Leviathan di Israel. Perjanjian itu adalah yang terbesar dalam sejarah Israel. Perjanjian yang diumumkan kelmarin oleh syarikat tenaga Israel, NewMed itu akan menyaksikan penghantaran gas sebanyak 130 bilion meter padu dari medan laut Leviathan ke Mesir sehingga tahun 2040.NewMed ialah salah satu daripada tiga pemilik bersama medan tersebut, bersama syarikat Israel, Ratio dan Chevron. Ia memiliki 45.34 peratus pegangan dalam takungan gas tersebut.​

1754717508239.png

Ini adalah perkembangan terbesar daripada perjanjian sedia ada yang dimeterai antara Mesir dan Israel pada 2018, menyaksikan penghantaran 4.5 billion meter padu gas ke Mesir setiap tahun. Ia berlaku walaupun Israel berulang kali menghentikan bekalannya sejak serangan ke atas Gaza bermula pada Oktober 2023. Perjanjian sedia ada dijadualkan tamat pada penghujung dekad ini. Perjanjian baharu itu akan meningkatkan kebergantungan tenaga Mesir kepada Israel. Ia berlaku ketika Kaherah meningkatkan import untuk memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat di tengah-tengah kejatuhan pengeluaran gas dalam negara sejak tiga tahun lalu.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/08/09/mesir-import-gas-israel-rm148-bilion/
 
Back
Top
Log in Register