BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah Ejaan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
MUAR: Hanya disebabkan huruf N yang disalah eja sebagai H dalam pasport antarabangsanya, seorang ahli perniagaan melalui pengalaman memeritkan apabila sering disoal siasat pihak berkuasa negara yang dilawati selain terpaksa menanggung malu apabila kerap ditertawakan terhadap kesilapan ejaan namanya itu.

Jee Yong Nam, 49, dari Jalan Khalidi, dekat sini, berkata kesilapan ejaan namanya dalam pasport kepada Jee Yong Ham menyulitkan urusannya setiap kali berurusan di kaunter Jabatan Imigresen negara dikunjungi.

Katanya, masalah kesilapan namanya dalam pasport itu dikesan ketika membuat pasport di Jabatan Imigresen pada 8 Februari 2007, tetapi selepas kesilapan dimaklumkan kepada kakitangan kaunter berkenaan, dia diberi jaminan masalah itu tidak memberi kesan kepada urusan perjalanannya.

“Saya mengesan kesilapan ejaan nama hujung saya itu ketika menerima pasport berkenaan menyebabkan kerani bertugas mencetak nama sebenarnya pada muka depan pasport berkenaan dan memberi jaminan ia masalah kecil yang tidak akan menjejaskan perjalanannya,” katanya.

Susulan masalah itu, Jee merujuk perkara itu kepada Jabatan Imigresen, tetapi dimaklumkan kesilapan ejaan itu tidak boleh dibaiki, sebaliknya perlu membayar RM300 membuat pasport baru.

cerita penuh kat sini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20091211075424/Article/index_html

Sbb aku keje kat bank..aku selalu jumpa salah eja mcm ni..kat geran motor aku pun TAMAN die bole eja TEMAN..ingat teman tapi mesra ke ape..ade ak jumpa ic sorang awek tu alamat die KGM UAFAKAT..ejala betol2 kg muafakat..adeh teruk btol r dorang wat keje..pastu bila mintak betolkan balik kata xpayah..pasal typo error dorang dah nak isi ape2 form kena ikut sama mcm ic..korang ade mcm ni gak x meh kongsi
 
Last edited:
menyusahkan juga kes macam ni....

mintak dijauhkan dari kes macam nih menimpa kalian semua....:)
 
ada gak erk kes camni.. ni baru bahasa malaysia, kalau bahasa english?? >:) >:) >:)
 
dalam sijil BTN aku pun ada silap ejaan nama bapa iaitu ; YAAKOB jadi YAAKOP
 
Kalau johor bahru ,..dieja johor baharu...terpampang kalau lalu mesti nampak..mcm mana ya..sykt akhbar leh salah eja? pelik betul...
 
Nama aku kat sijil degree pernah salah eja. Tertinggal satu huruf je. aku mintak wat sijil baru. Dia kata amek masa sket dlm sebulan sbb nk wat sijil baru kena mintk sain nc, dekan sume. Aku kata itu bukan masalah aku...kecuaian org lain nape plak aku yg jadi susah. Aku nak dalam 2 minggu siap sebab aku cakap nak apply keja. Sblm 2 minggu dah siap dah.
 
betul tu kesilapan ejaan bkn salah org yg dieja tu, tapi salah jurutaip.. takkan xde org double check, nama org maa, bukan nama kucing
 
dalam sijil BTN aku pun ada silap ejaan nama bapa iaitu ; YAAKOB jadi YAAKOP

sama la kita!! haku punya nama bapak lam IC --> YACCOB

kat slip gaji --- > YAACOB...

huhu.. bila ntah nak bagitau kerani gaji ntah.. diorang kata nak pencen esok payah haa kalo nama tak sama sebijik2 mcm lam IC>. :-?
 
sama la kita!! haku punya nama bapak lam IC --> YACCOB

kat slip gaji --- > YAACOB...

huhu.. bila ntah nak bagitau kerani gaji ntah.. diorang kata nak pencen esok payah haa kalo nama tak sama sebijik2 mcm lam IC>. :-?

xleh dibiarkan..kena bertindak...nanti lagi byk prosedur kena lalui..lagi le payah...:D:D
 
Back
Top
Log in Register