TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
MUAR: Hanya disebabkan huruf N yang disalah eja sebagai H dalam pasport antarabangsanya, seorang ahli perniagaan melalui pengalaman memeritkan apabila sering disoal siasat pihak berkuasa negara yang dilawati selain terpaksa menanggung malu apabila kerap ditertawakan terhadap kesilapan ejaan namanya itu.
Jee Yong Nam, 49, dari Jalan Khalidi, dekat sini, berkata kesilapan ejaan namanya dalam pasport kepada Jee Yong Ham menyulitkan urusannya setiap kali berurusan di kaunter Jabatan Imigresen negara dikunjungi.
Katanya, masalah kesilapan namanya dalam pasport itu dikesan ketika membuat pasport di Jabatan Imigresen pada 8 Februari 2007, tetapi selepas kesilapan dimaklumkan kepada kakitangan kaunter berkenaan, dia diberi jaminan masalah itu tidak memberi kesan kepada urusan perjalanannya.
“Saya mengesan kesilapan ejaan nama hujung saya itu ketika menerima pasport berkenaan menyebabkan kerani bertugas mencetak nama sebenarnya pada muka depan pasport berkenaan dan memberi jaminan ia masalah kecil yang tidak akan menjejaskan perjalanannya,” katanya.
Susulan masalah itu, Jee merujuk perkara itu kepada Jabatan Imigresen, tetapi dimaklumkan kesilapan ejaan itu tidak boleh dibaiki, sebaliknya perlu membayar RM300 membuat pasport baru.
cerita penuh kat sini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20091211075424/Article/index_html
Sbb aku keje kat bank..aku selalu jumpa salah eja mcm ni..kat geran motor aku pun TAMAN die bole eja TEMAN..ingat teman tapi mesra ke ape..ade ak jumpa ic sorang awek tu alamat die KGM UAFAKAT..ejala betol2 kg muafakat..adeh teruk btol r dorang wat keje..pastu bila mintak betolkan balik kata xpayah..pasal typo error dorang dah nak isi ape2 form kena ikut sama mcm ic..korang ade mcm ni gak x meh kongsi

Last edited: