BTC USD 63,768.5 Gold USD 4,478.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saiful 'terkucil' banyak kali

moneymaker3000

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,357
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,357
Reaction score
566
Points
176
SELAGI belum berjabat tangan tok kadi, pelbagai perasaan bermain di minda pembaca berita Buletin Utama, Mohd Saiful Nizam Ismail, 28 dan pasangannya, Khairul Noormaaidah Zali (Aida), 25.
Sejak pagi Saiful yang juga pembaca berita Buletin Utama TV3 tidak lalu makan dan asyik ke bilik air. Hendak dikatakan sakit perut , tidak juga. Barangkali akan bergelar suami membuatkan fikirannya tidak keruan.

Perasaan sama dirasai Aida yang juga juara Ikon Gadis Melayu , apabila tidak lalu makan kerana selagi belum selesai, apa yang dibuat serba tidak kena. Alhamdulillah, Jumaat lalu, majlis akad nikah pasangan itu berjalan lancar. Hanya dengan sekali lafaz, Aida sah menjadi isteri kepada Saiful. Pasangan itu dinikahkan bapa Aida, Zali Ismail, 59, di hadapan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Gombak Cawangan Kuang, Mohd Nordin Abdullah dengan disaksikan Mohamed Jamil Yeop Ismail dan Jamaludin Yeop Majlis. Majlis itu diadakan di kediaman keluarga Aida di Bandar Country Homes, Rawang, selepas Isyak. Aida menerima mas kahwin RM6,000 namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Saiful turut membawa barang hantaran iaitu kek, set barang kemas, kasut, beg tangan, cincin berlian dan tepak sirih. Balasan dari Aida untuk Saiful pula, butang baju Melayu, kasut, cermin mata hitam, seutas jam tangan, songket, kek, sebentuk cincin platinum dan kemeja.

Malam itu Aida dan Saiful tampil berseri dengan busana rona putih hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Radzwan Radziwil. Manakala pelamin yang dihiasi bunga segar dan gubahan hantaran kedua-dua pihak rekaan Arma Abdul Rahman dari Puchong, Selangor. Sehari selepas itu, Aida mengadakan majlis persandingan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya. Kali ini mereka sekali lagi tampil dengan busana pengantin rekaan Radzwan rona krim dan Arma juga diberi kepercayaan menghias dewan dan pelamin. Selain dihadiri saudara mara keluarga kedua pihak, majlis itu tambah meriah dengan kehadiran rakan dan taulan pengantin baru. Antaranya, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Datin Nor Juma Habib Mohamed serta suami. Keluarga Saiful akan mengadakan majlis sambut menantu di Changlun, Kedah pada 15 Jun ini.

*ni bukan saifool tau :p
 
aku ngatkan saifooollll :p:p:p:p

tp mmg sama padan, sama cantik la kn..ape2 dh jodoh :)cgrock

gadis+melayu.jpeg

aidagadismelayu7.jpg

aida.jpg


tp sayang...tudungnya tutup leher jer...nmpk dada huhuhu ker aku salah tgk...sbb warna dia kn sama huhu
 
Last edited:
ingtkn si si saifool yg tut tu.. terkucil masa berasmara.
 
saiful ni artis... saifool tu.. tut tut tut...;)
 
cantik sggh perhiasan dunia ni..Allahuakbar, Subhanallah
 
hahaha.. aku ingat saiful tut tut tadik yang terkucil... :)) buat suspenderr jekkk
 
Back
Top
Log in Register