puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,125
Top Poster #10
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 43,125
- Reaction score
- 7,331
- Points
- 481
Pengadu dalam kes liwat 2, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau dan keluarganya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan semakan semula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sekali lagi sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar.
"Sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya," katanya dalam catatan di blognya hari.
Bagaimanapun, Saiful berkata keputusan itu bukan titik noktah bagi sesetengah pihak yang menjadikan aduan beliau sebagai 'modal politik'.
"Sejak akhir-akhir ini, gerakan dan kempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim terus giat dijalankan.
"Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau," kata.
Meskipun tidak menamakan tokoh terbabit, Saiful dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan parti BERSATU yang kini menjalinkan kerjasama bersama pembangkang.
"Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu/mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini.
"Ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil," kata Saiful.
Mahathir sebelum ini dilihat menyokong pembebasan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah disabit bersalah meliwat Saiful.
Malah, setelah mengejutkan ramai pihak dengan bersalaman dengan Anwar, Mahathir bulan lalu turut dilihat memakai lencana mendesak pembebasan ketua pembangkang itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anwar untuk membuat semakan semula, yang merupakan usaha terakhir beliau mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara.
Dengan keputusan lima panel hakim diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, ketua umum PKR itu dijangka akan terus dipenjara sehingga pertengahan 2018.
http://www.malaysiakini.com/news/366157