BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AG Mohon Kebenaran Rayu Keputusan Mahkamah Benarkan Majlis Peguam Cabar DNAA Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

AG Mohon Kebenaran Rayu Keputusan Mahkamah Benarkan Majlis Peguam Cabar DNAA Ahmad Zahid​

715e861fe6b0d63ee6ce3c2fe13f0caf6a22e05de7815

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengemukakan permohonan bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Peguam mencabar keputusan pendakwaan menghentikan semua prosiding lanjut terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah membabitkkan Yayasan Akalbudi.

Dalam notis usul yang difailkan semalam, Mohd Dusuki membangkitkan dua persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh mahkamah.

Persoalan pertama ialah sama ada keputusan AG untuk tidak memulakan pendakwaan dan menghentikan sesuatu pendakwaan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan boleh dicabar menerusi semakan kehakiman.

Jika persoalan itu dijawab secara afirmatif, apakah prasyarat atau ujian undang-undang yang perlu dipenuhi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan tersebut.

Persoalan kedua ialah sama ada ujian dua peringkat yang ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sundra Rajoo Nadarajah lwn Menteri Luar Negeri, Malaysia & lain-lain [2021] boleh dianggap sebagai ratio decidendi, iaitu prinsip undang-undang yang mengikat dan wajib dipatuhi oleh mahkamah lebih rendah.

Mohd Dusuki turut memohon agar semua prosiding di Mahkamah Tinggi digantung sementara menunggu keputusan permohonan bagi kebenaran merayu itu.

Ahmad Zahid, yang juga responden kedua yang dicadangkan dalam prosiding semakan kehakiman itu, telah memfailkan permohonan berasingan untuk mendapatkan kebenaran merayu pada 25 Mei lepas.

Beliau mengemukakan lima persoalan undang-undang bagi menyokong permohonan kebenaran merayunya mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Pada 7 Mei lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Majlis Peguam untuk mencabar keputusan AG pada 4 Sept 2023 yang menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid selepas memutuskan bahawa ia bukan bersifat remeh atau menyusahkan serta membangkitkan isu undang-undang yang boleh dipertikai dan wajar didengar melalui perbicaraan penuh.

 
Back
Top
Log in Register