BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham Tupperware Merudum Hampir 50%

Tupperware Failkan Kebankrapan Di Amerika

18.09.2024 - Tupperware, pengeluar bekas plastik yang terkenal memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Tupperware Brands Corp sedang berusaha menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa. Syarikat itu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS. Syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif.

Namun, Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya. Presiden dan ketua pegawai eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman berkata pada Selasa, “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat terjejas teruk akibat persekitaran ekonomi global.

“Kami mempertimbangkan banyak pilihan dan memutuskan bahawa ini adalah langkah terbaik untuk masa depan,” katanya.

Menurut kenyataan syarikat itu, langkah terbaik untuk melindungi jenama Tupperware adalah dengan menjual syarikat berkenaan.
1726649436082.png
Mn tahan semua kena langgar ngn china lanie huhuhu
 
Miliki Hutang Lebih RM2.9 Bilion, Jenama Tupperware Bakal Fail Bankrap Pada Minggu Ini

Tupperware yang dahulunya menjadi kegilaan ramai para ibu mungkin terpaksa akur yang syarikat ini tidak akan bertahan lama lagi di dalam pasaran. Memetik Berita Harian, Tupperware Brands sedang bersiap sedia untuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini menurut laporan Bloomberg yang mempunyai sumber yang mengetahui berkenaan perancangan terbabit. Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan, selepas ditutup dengan penurunan 57 peratus.
1726660174963.png

Menurut Bloomberg, Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan. Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada $700 juta (~RM2.9 bilion). Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai. Pada Jun lepas, syarikat itu merancang untuk menutup kilang tunggalnya di Amerika Syarikat dan memberhentikan kira-kira 150 pekerja.​
 
ramai adik2 perempuan saya kerja Cikgu..semua ajen tupperware 😁

Teringat zaman budak2 saya...rumah saya selalu buat PARTY! Tupperware..walau Ibu saya tak jadi tokey..tapi sja tolong sedara...Tapi dia pun akan bayar la kat Ibu saya siap bagi cenderahati ...memang byk dia untung!..Ibu saya dapat happy la..tolong sedara.

Tapi saya bukan anti..saya cuma rasa harga dia terlalu mahal berbanding produk2 seumpama dia dlm pasaran

harga beza sgt

so..memang saya tak beli lah..saya lebih suka beli sja bekas minuman cthnya drp supermarket...yg jenis tuperware byk kat rumah ni..tapi semua org bagi 😁

so..saya fikir..ramai yg fikiran mcm saya..tutup la syarikat ni

mmg la dia ni kalau kereta kira lambo..berbanding keretalain

tapi sebab alternatif terlalu byk..mcm bekas minum cth ..saya mmg guna flask..seb kalau bekas plastik..dia berpeluh..basah meja

mcm tu ju..bekas makanan ..selalunya pakai buang mudah..

so pasaran dia mmg makin mengecil..

zaman dulu lain...mmg kurang saingan zzzzzz7 boleh kata mak cik2 anggap dia ni penting..mcm pinggan durulex, pirex juga..tak dapat..mau demam juga..😅
nak penuh beratur dlm lemari kaci ruang tamu baru lega:LOL:

makcik2 sekarang tak pandang dah...
 
Brand paling iconic. Asal plastic container saja, semuanya dipanggil tupperware.
 
Kalau yg ado kek rumah tu..
Simpan Elok2....
Mana tau boleh jadi hrgo mcm rxz...
Hahahaha....

🤣🤣🤣
 
Back
Top
Log in Register