BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham Tupperware Merudum Hampir 50%

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
11.04.2023 - Kuala Lumpur, Tupperware yang diperkenalkan pada tahun 1946 berada dalam keadaan bahaya apabila saham syarikat tersebut jatuh hampir 50 peratus pada Isnin lalu dan tidak mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan operasi. Dalam pemfailan kawal selia pada Jumaat lalu, syarikat pembuat bekas makanan itu berkata mereka kini bekerjasama dengan penasihat kewangan untuk mencari pembiayaan agar dapat terus bertahan. Bursa Saham New York juga memberi amaran bahawa saham Tupperware mungkin dinyahsenarai kerana tidak memfailkan laporan tahunan yang diperlukan.

"Tupperware telah memulakan usaha untuk memulihkan operasi kami dan hari ini menandakan langkah kritikal dalam menangani kedudukan modal dan kecairan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miguel Fernandez dalam kenyataan akhbar.

Walaupun sudah 77 tahun dalam perniagaan, syarikat itu menghadapi masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kekal relevan di dalam industri dan cuba menarik perhatian pengguna yang lebih muda dengan memperbaharui produk agar lebih ‘trendy’, lapor CNN Business.

Menurut penganalisis runcit dan pengarah urusan di Globaldata Retail, Neil Saunders, terdapat beberapa isu dihadapi syarikat tersebut antaranya bilangan penjual menurun secara mendadak dan jenama yang tidak menepati citarasa pengguna muda. Ujarnya, syarikat itu berada dalam keadaan tidak stabil dari segi kewangan kerana bergelut untuk meningkatkan jualan.

“Syarikat ini yang dahulunya merupakan pencetus inovasi dalam menyelesaikan masalah terutamanya dengan peralatan dapur, kini telah kehilangan kelebihannya,” katanya.

Tupperware berkata usaha memperkenalkan produk tersebut kepada generasi muda gagal, manakala saham syarikat itu turun sebanyak 90 peratus sepanjang tahun lalu.​

e364f52b98f024fd7af75d880c94f9e2.jpg
 
Last edited:
Patut wife member aku dah x Jual Tupperware ni... Skrg sume dah kempen anti plastic... Org isi makanan dlm container pakai buang jerk... Tp mak2 kalo Tupperware ni MMG JD harta pusaka..
 
Tupperware akan kekal dengan rakyat malaysia

Selagi bekas plastik ada, selagi tu tupperware kekal

Semua bekas plastik adalah tupperware...hahahaha
 
aku tak paham jugak orang pompuan kadang2...
bini aku suka beli bekas plastik ni (bukan guna sangat pun)...siap bising lagi kalau aku buang lepas guna, boleh basuh katanya...
so stock lama lepas guna,basuh simpan + jumpa kat kedai beli lagi...so bila nak habis bekas ni...makin lama makin banyak kat rumah...
tak boleh hadam aku...
 
Persaingan dgn kedai RM2 n bekas pakai buang agaknya
 
aku tak paham jugak orang pompuan kadang2...
bini aku suka beli bekas plastik ni (bukan guna sangat pun)...siap bising lagi kalau aku buang lepas guna, boleh basuh katanya...
so stock lama lepas guna,basuh simpan + jumpa kat kedai beli lagi...so bila nak habis bekas ni...makin lama makin banyak kat rumah...
tak boleh hadam aku...

Tu tanda wife bro mengamalkan sistem kitar semula la tuh.... Heheheh
 
Aku pun pelik, kalau tupperware jarang aku tertinggal kat opis lepas basuh or guna.... tapi kalau tipuware selalu jer tertinggal :ROFLMAO:
 
Tupperware Failkan Kebankrapan Di Amerika

18.09.2024 - Tupperware, pengeluar bekas plastik yang terkenal memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Tupperware Brands Corp sedang berusaha menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa. Syarikat itu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS. Syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif.

Namun, Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya. Presiden dan ketua pegawai eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman berkata pada Selasa, “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat terjejas teruk akibat persekitaran ekonomi global.

“Kami mempertimbangkan banyak pilihan dan memutuskan bahawa ini adalah langkah terbaik untuk masa depan,” katanya.

Menurut kenyataan syarikat itu, langkah terbaik untuk melindungi jenama Tupperware adalah dengan menjual syarikat berkenaan.
1726649436082.png
 
Back
Top
Log in Register