Saham FGV Felda

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,443
Reaction score
20,862
Points
1,661
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Peneroka dan pemegang saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dinasihatkan supaya ti*dak menjual kepentingan masing-masing wa*laupun ketika ini berlaku penurunan pada kadar RM2.21 sesaham sehingga pukul 5 petang hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, kejatuhan harga saham FGV sebenarnya berpunca daripada penurunan harga sawit di pasaran dunia dan bukan disebabkan oleh sistem pengurusan syarikat tersebut.

Katanya, peneroka dan pemegang saham perlu menyedari 75 peratus perniagaan FGV bergantung sepenuhnya kepada minyak kelapa sawit yang juga barangan komoditi.

“Kita tidak boleh membandingkan perniagaan yang dijalankan oleh FGV dengan Sime Darby yang mempunyai pelbagai perkhidmatan lain. Jadi, pemegang saham perlu memahami bahawa jika harga dunia turun sekali gus akan mempengaruhi harga saham FGV.

“Proses turun, naik, untung dan rugi ini adalah adat dalam perniagaan, jadi sebagai perancangan kita sedang menanam semula pokok-pokok sawit yang diyakini mampu menandingi syarikat-syarikat perladangan lain apabila pokok tersebut matang pada 2016 hingga 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Ketahanan Nasional 2014 anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Razali mengulas mengenai saham FGV ditutup pada kadar RM2.21 sesaham pukul 5 petang hari ini iaitu penurunan sebanyak 6 sen berbanding RM2.27 sesaham, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah untuk menanam semula pokok-pokok sawit itu adalah tepat kerana secara kebetulan banyak pokok sawit FGV ketika ini sudah tua.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan bilangan pokok yang terlibat dalam proses tersebut.

Katanya, dalam masa yang sama kerajaan sedang bekerjasama dengan pelbagai pelabur antarabangsa seperti Indonesia, China dan Rusia bagi mendapatkan maklumat untuk membangunkan FGV supaya tidak terlalu bergantung dengan barangan komoditi.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-jual-saham-fgv-1.40269#sthash.4rM6Z6h4.dpuf
 
Sponsored Post

BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,519
Reaction score
141
Points
33
Sebagai seorang trader aku berpendapat inilah masa mengumpul sedikit demi sedikit, InshaAllah dalam masa kurang 3 tahun boleh mendapat keuntungan lebih 100 peratus.
 

jibam

Fun Poster
Joined
Aug 6, 2008
Messages
919
Reaction score
8
Points
30
Simpan sampai khazanah ambik....
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,356
Reaction score
152
Points
138
break juga bawah 2 ni
 

Napaye

Fun Poster
Joined
Aug 22, 2014
Messages
101
Reaction score
0
Points
10
Dia org senang cakap jgn jual... Ni yg berutang piutang utk beli saham ni... Intrest sapa mau baya...
Kalau jadi below rm1 ... Lagi haru
 

Akulascalper

Active+ Member
Joined
Dec 19, 2008
Messages
2,809
Reaction score
1,504
Points
101
Separuh modal dah hilang tu pakcik.......
Kalu bulih Sell kan ke best.....
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,525
Reaction score
1,772
Points
191


boleh beli ke saham fgv nih ?

ke dh tinggal sejarah ?

kira tahun 2014 dah rm2.21 sen..

aku ingat sejak PH ambil alih saham fgv merudum..

patut TH terkesan..

sejarah x penah bohong.. :D
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post
Top
Log in Register