Saham FGV Felda

Recommended Brokers


TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Najib Razak
7 mins ·

Kenapa dengan Azmin Ali ini.

Baru-baru ini, dia cabar saya ke Semenyih maka malam itu juga, saya pun pergi beli sedikit barang dari Tesco.

Tapi nampaknya dia masih tak puas hati.

Tanpa sebarang sebab, dia tiba-tiba petik nama Allahyarham ayahanda saya untuk menyerang saya.

Saya fikir tak payahlah Azmin melampau hingga menyentuh tentang keluarga saya.

Ayah saya sudah meninggal lebih 43 tahun dahulu. Jangan diusik lagi.

Bagaimanapun, saya bimbang bahawa Menteri yang kononnya menjaga FELDA seperti langsung tidak faham isu FELDA.

Dia tuduh saya swastakan FELDA kepada FGV.

Sebenarnya, FELDA dan FGV adalah dua entiti berlainan.

FELDA tetap FELDA. Tanah FELDA dan tanah peneroka tetap tanah mereka.

FGV ialah anak syarikat FELDA. FGV bukan FELDA atau sebaliknya.

Cuma FELDA ada perjanjian untuk menyewa sebahagian tanah mereka kepada FGV.

Perjanjian ini dipanggil "Land Lease Agreement".

FGV kena bayar FELDA RM250 juta setiap tahun serta 15% dari keuntungan tahunan FGV untuk menyewa tanah ini.

Oleh itu, FELDA bukan diswastakan.

Takkan Azmin tak faham ini? Takkan sudah lebih 9 bulan tak tahu fakta ini?

Lalu, dia kata harga saham FGV disenaraikan pada harga RM4.70 dan jatuh kepada 30 dan 40 sen sahaja.

Salah lagi, Azmin.

Harga saham FGV disenaraikan pada harga RM4.55 pada tahun 2012. Apabila FGV disenaraikan, FELDA untung RM6 bilion tunai.

Durian runtuh ini serta merta diberi kepada koperasi FELDA dan terus kepada peneorka-peneroka.

Bakinya disimpan untuk pelaburan dan juga untuk dipinjamkan kepada peneroka-peneroka bagi penanaman semula, pembangunan rumah peneroka dan pendidikan anak-anak peneroka.

Banyak juga digunakan untuk jaga kebajikan peneroka-peneroka.

Selepas disenaraikan pada harga RM4.55, harga FGV pernah juga naik 20% kepada RM5.46.

Ramai juga yang jual dan untung masa itu.

Tetapi selepas harga sawit dunia dan fenomena kemarau El Nino melanda, harga saham FGV juga menurun 57% dari harga disenarai RM4.55 sehingga RM2.00 sebelum PRU14.

Selepas PH ambil alih selepas PRU14 dan di tangan Azmin, harga saham FGV jatuh 69% dari RM2.00 sehingga 64 sen pada akhir tahun 2018.

Azmin juga kata hutang FELDA ialah RM8 bilion. Dia kata PH tidak jangka Felda boleh menghadapi hutang yang begitu besar.

Tetapi dia tidak sebut bahawa jumlah aset FELDA melebihi RM20 bilion.

Apa yang dia juga tidak sebut ialah kebanyakan hutang ini ialah kerana ianya dipinjamkan kepada peneroka-peneroka sendiri di dalam bentuk pinjaman penanaman semula, perumahan dan pendidikan anak FELDA.

Ertikata lain ialah FELDA meminjam supaya boleh pinjamkan kembali kepada peneroka-peneroka.

Itulah sebab PH beri jaminan dalam manifesto mereka untuk menghapuskan hutang-hutang peneroka.

Tetapi seperti biasa, janji ini juga telah dicapatikan. Dan peneroka Felda dah ditipu.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga malu untuk beritahu bahawa IHH Berhad yang juga dibina pada masa saya PM telah disenaraikan pada tahun yang sama dengan FGV.

Bulan November lepas, kerajaan PH jual sebahagian dari kepentingan kita dalam IHH Berhad kepada Jepun dengan harga RM8.4 bilion.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155754091660952/

Oleh itu, IHH Berhad sudah menjadi syarikat Jepun dan bukan lagi syarikat Malaysia.

RM8.4 bilion ini cukup untuk melangsaikan segala hutang Felda.

Walaupun RM8.4 bilion sudah masuk poket kerajaan, baki kepentingan kerajaan dalam IHH Berhad masih bernilai RM13 bilion.

Saya pernah menulis tentang isu FELDA dan penyenarian FGV banyak kali pada bulan-bulan yang lepas.

Kalau Azmin malas nak baca, boleh tengok video penjelasan saya: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/337566310402282/

Saya menjelaskan bahawa FELDA menghadapi masalah pokok-pokok tua selepas kerajaan membuat keputusan pada zaman PM ke-4 untuk tidak lagi memberi dana kepada FELDA.

Kalau tidak percaya, boleh dengar dari Kit Siang dan DAP pada tahun 2012:

"Over 50% of the trees in Felda plantations need to be replanted. That translates into higher costs."
https://blog.limkitsiang.com/2012/07/02/felda-listing-a-house-of-lies/

Jika masalah ini tidak diselesaikan, maka FELDA mungkin tidak akan wujud 10 atau 20 tahun lagi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, keputusan telah dibuat untuk mendapat dana dengan menyeneraikan FGV supaya projek penanaman semula boleh dilakukan secara besar dan untuk membeli ladang sawit yang baru.

Pada masa yang sama, lebihan dana ini juga digunakan untuk menjaga kebajikan peneroka.

Inilah kebenaran yang Azmin pura pura tidak tahu atau tidak mahu memberitahu kepada rakyat.

 
Sponsored Post

BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,506
Reaction score
140
Points
33
sesi pagi sudah cecah rm1.30, nampaknya fgv sudah menemui rentak, siapa yg beli masa harga 0.645 tahun lepas bulan nov sudah win 100%
 
  • Like
Reactions: TT

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
FGV loss RM1 bilion

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV) merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai lebih RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.


Ia berbanding keuntungan sebelum zakat can ckai sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya.

Kerugian itu disumbang sebahagian besar oleh rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM1.038 bilion selain penurunan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) turut menjejaskan prestasi keseluruhan.

Sementara bagi suku ke empat, FGV rugi mencatatkan rugi sebelum zakat dan cukai sebanyak RM139 juta disebabkan faktor sama, rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM240 juta.

“Prestasi FGV telah terkesan dengan harga MSM dengan purata RM2,053 per tan metrik (MT) pada suku disemak, 24.6% lebih rendah berbanding harga purata RM2,723 MT yang dicatatkan pada suku keempat 2017.

“Pada suku keempat, operasi perladangan memberi penekanan kepada mencegah ketirisan, menyemak semula proses dan memperkenalkan kawalan baharu untuk memastikan prestasi ladang kami setaraf dengan pemain industri lain.

“Beberapa inisiatif ini telah mula membuahkan hasil namun penambahbaikan ini akan lebih ketara pada tahun 2019,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV , Datuk Haris Fadzilah Hassan.


http://www.astroawani.com/berita-bisnes/felda-global-ventures-rugi-rm1-bilion-199835
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Najib Razak
· 2 hrs ·

Tidak boleh dinafikan bahawa harga saham FGV turun sejak ianya disenaraikan dengan harga IPOI RM4.55 pada tahun 2012.

Sebelum PRU14, harga saham FGV adalah setinggi RM2.15 atau 52% di bawah harga IPO.

Walaupun harga saham FGV pernah naik ke RM5.50 selepas disenaraikan tapi akhirnya turun kembali dan menyebabkan kehilangan RM6 bilion dalam nilai pasaran FGV telah jatuh.

Masa itu FGV dan saya kuat diserang oleh PH dengan tuduhan penyelewengan, salah urus dan rasuah - kononnya saya dan pemimpin BN curi wang dari FGV.

Tapi saya nak memberi beberapa fakta.

1. Selepas PRU14, harga saham FGV jatuh ke paling rendah 63 sen atau 70% di bawah harga sebelum PRU14.

Setelah 16 bulan PH memerintah, harga FGV hanya memulih ke 92 sen dan masih 55% lebih rendah berbanding hatga RM2.15 sebelum PRU14.

Tapi tak ada pula PH menuduh PH menyeleweng, salah urus atau rasuah dalam FGV.

2. FGV tidak pernah mengumumkan kerugian tahunan sejak disenaraikan sehingga PRU14 dan mampu membayar dividen serta sewa tanah setiap tahun kepada FELDA.

Tetapi selepas PRU14, FGV telah rugi setiap suku tahun sehingga sekarang di bawah PH.

3. Setelah 16 bulan PH ambil alih, tidak ada seorang pemimpin BN yang didakwa telah mencuri wang FGV.

Sehingga kini hanya Isa Samad seorang yang didakwa menerima sogokan sebanyak RM3 juta kerana FELDA (bukan FGV) membeli satu hotel di Kuching.

Yang lebih memeranjatkan pula ialah dalam kes Isa Samad, ianya setiausaha politik PM ke-7 yang dinamakan di dalam 9 dari 10 kertas dakwaan Mahkamah sebagai pihak pengantara dan wakil untuk pemberi dana.

Tapi setiausaha politik PM ke-7 seorang ini tidak dikenakan apa-apa dakwaan pulak.

Kenapa dia terlepas, ya?

4. Harga saham Telekom Malaysia jatuh 70% selepas PRU14 sehingga menyebabkan kehilangan nilai pasaran RM15 bilion (berbanding kehilangan nilai RM6b untuk FGV sebelum PRU14) tapi PH tak pula tuduh kerajaan PH telah mencuri atau salah urus Telekom pula.

5. Harga saham Astro juga rugi sebanyak 70% sejak ianya disenaraikan dengan harga RM3.00 pada tahun 2014 dan menyebabkan kehilangan RM8 bilion (berbanding RM6b untuk FGV).

Tapi PH tak tuduh pula bahawa pengurusan Astro telah menyeleweng, salah urus atau mencuri wang Astro pula.

6. Syarikat IHH Berhad juga disenaraikan pada tahun 2012 bersama FGV dengan harga IPO RM2.80 dan pernah cecah RM6.70 atau kenaikan nilai pasaran RM35 bilion.

Khazanah, KWSP, PNB serta tabung-tabung amanah lain untung besar dengan IHH Berhad.

Tapi selama ini kerajaan PH tak tuduh (atau puji) kerajaan BN pula kerana IHH Berhad.

Kesimpulannya ialah PH sekali lagi telah berjaya dengan propaganda menipu mereka tentang FGV tetapi ianya semua dibongkarkan adalah satu lagi fitnah mereka selepas PRU14.

Siapa pernah marah saya tentang FGV ini setelah termakan fitnah dan hasutan PH baik mengaku sahaja.

 

nike2020

Freshie
Joined
Oct 4, 2019
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
Sekarang ni banyak yang belajar sikit je pasal saham terus buka kelas saham dan nama macam2 lah kelas saham diorang. Expert saham lah dan bermacam2 lagi...macam sengall
 
Sponsored Post
Top
Log in Register