BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sadis! Dipukul wanita muda

syokbah.com

Fun Poster
Messages
666
Joined
Nov 15, 2013
Messages
666
Reaction score
0
Points
15
Sadis!+Dipukul+wanita+muda.jpg


SENAWANG – Hasrat sepasang warga emas memanggil jiran untuk alihkan kereta diparkir dekat rumahnya bertukar tragedi, apabila dipukul oleh seorang wanita muda.

Tang Ah Lam, 73, ketika ditemui berkata, kejadian berlaku di Kampung Baru Paroi, pada Jumaat lalu sekitar jam 9 pagi, ketika dia dan isteri, Loo Ah Moi, 73, mahu keluar ke pasar.

"Masa hendak keluar ada kenderaan lain menghalang kereta kami. Saya meminta isteri pergi ke rumah jiran dan meminta supaya kereta milik rakan jiran kami itu dialihkan.

“Rakan jiran keluar dengan muka bengis dan memarahi isteri saya. Kemudian bertindak lebih ganas dengan menolak dan memukulnya. Saya keluar dari kereta, berlari dapatkan isteri halang pergaduhan," katanya.

Namun katanya, keadaan menjadi lebih parah apabila wanita 30an itu mengambil kasut tumit tingginya lalu memukul tangan Ah Lam.

"Dia pukul dan cakar tangan saya. Saya terpaksa lawan dengan menolaknya,” kata Ah Lam.

Menurut Ah Lam, disebabkan kejadian tersebut dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Paroi.

Sementara itu, anak kepada warga emas ini, Bernard Tang, 42, berkata kedua-dua orang tuanya trauma dan tertekan disebabkan kejadian itu.

Jelasnya, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan segera bagi memastikan wanita yang menyerang kedua-dua ibu bapanya dikenakan tindakan.
 
ni mesti jiran yg byk songeh..dulu ak sewa rumah nak sidai baju kt pagar hijau tu pun nyonya tu bising2..nnt pagar tu jatuh (melendut) die cakap..wtheck..lama sgt tahan sabar tu yg dtg mggila ppuan tu agaknye
 
budus la org seperti itu.. kasi tampo laju2 kat pp dia tu.. baru dia tahu erti penyelasan.. biar kasi se......ngat... :D
 
Gila Spesies apa natang ni, tak cukup kasut tumit tinggi, siap cakar-cakar lagi dengan kuku.
 
lol...dekat dengan area aku ni...dulu aku kena kejar anjing time naik motor kat sini la...time malam pulak tu
 
seriusly aku pun ada masalah yg sama sekarang
rumah baru beli
dan dulu rumah tuh separuh tahun tak ada orang duduk
jiran pulak main parking kawasan depan rumah
ada pulak jiran rumah bujang yg menyewa kereta sampai 4,5 bijik
hari2 aku memekak....
menjerit2 aku
 
olosss suroh alih kete pom nok gocoh ko :-?
 
Back
Top
Log in Register