BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kahwin kali-15, wanita dapat 'pucuk muda'

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,528
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,528
Reaction score
1,681
Points
201
14223257861100893-395007.jpg

14223257861100893-395008.jpg

14223257861100893-395009.jpg

14223257861100893-395010.jpg

14223257861100893-395011.jpg

14223257861100893-395012.jpg

14223257861100893-395013.jpg


Kahwin kali-15, wanita dapat 'pucuk muda'

04 Mei 2026 08:40am

WATAMPONE - Kisah wanita ini tular selepas melangsungkan perkahwinan kali ke-15 dengan pasangan yang 24 tahun lebih muda daripadanya.

Pemilik nama Marfina, 46, itu mengikat tali cinta dengan Jusman, 22,

Pernikahan itu turut menjadi buah mulut penduduk di kampung halamannya di Desa Waelado, Kecamatan Ajangale, Kabupaten Bone di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Majlis meraikan pasangan itu berlangsung secara sederhana dan dia turut menerima mas kahwin berjumlah 4 juta rupiah (RM916).

Menurut Marfina, mereka bertemu buat kali pertama di tempat kerja di Sengkang dan kemudiannya saling jatuh cinta.

Difahamkan, wanita tersebut mempunyai seorang anak berusia 12 tahun hasil daripada perkahwinan ketiganya.

Marfina, yang bekerja sebagai penyanyi, turut menjelaskan bahawa beberapa daripada 14 perkahwinannya yang lalu berakhir akibat kematian suaminya.

Wanita itu juga dikatakan agak popular di Facebook kerana mempunyai kira-kira 177,000 pengikut. - Agensi

Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register