kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Prof Dr Azmi Hassan
Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOI) dilihat sebagai langkah penting Kerajaan MADANI bagi memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran, seterusnya membolehkan rakyat dan organisasi memperoleh maklumat yang tidak menjejaskan keselamatan negara.
Pakar Geostrategi Prof Dr Azmi Hassan berkata ia memberi ruang kepada orang ramai dan wartawan untuk memohon maklumat yang sebelumnya sukar diperoleh terutama yang tidak lagi dianggap sensitif atau sulit selepas tempoh tertentu.
“Maklumat yang tidak menjejaskan keselamatan negara seharusnya boleh diakses oleh rakyat melalui prosedur ditetapkan. Ini memudahkan masyarakat dan organisasi mendapatkan maklumat yang berkepentingan awam,” katanya kepada Bernama.
Azmi yang juga Felo Majlis Profesor Negara berkata pelaksanaan FOI penting untuk menepis persepsi bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat tertentu.
“Dengan adanya FOI, dakwaan bahawa kerajaan menyorok maklumat dapat dielakkan, selain memastikan organisasi berita dan orang ramai tidak dinafikan hak untuk mencapai maklumat relevan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata rang undang-undang FOI adalah sebahagian daripada iltizam Kerajaan MADANI untuk memperkukuh reformasi institusi negara.
“Langkah-langkah ini bukan mudah kerana kerajaan terdahulu pernah mencuba, namun tidak berhasil.
“Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan MADANI menunjukkan iltizam tinggi dalam memastikan asas reformasi institusi negara dapat dilaksanakan,” katanya.
RUU Kebebasan Maklumat Perkukuh Ketelusan Kerajaan MADANI
Rang Undang-Undang, FOI, kebebasan, maklumat, Azm