ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Anggota bomba memeriksa keadaan rumah selepas memadamkan kebakaran.
ALOR SETAR - Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Tunku Putra, Kulim musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.
Ketua operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.50 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi sekitar jam 7.59 pagi.
Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim dan Kulim Hi-Tech Park serta sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran rumah dipercayai bermula dari bahagian atas. Kami terpaksa memecahkan pintu untuk masuk ke dalam rumah bagi memadam kebakaran.
"Api dapat dikawal sekitar jam 8.12 pagi dari merebak ke rumah bersebelahan," katanya.
Mohamad Akmal berkata, kebakaran itu memusnahkan hampir 70 peratus bahagian dalaman rumah.
"Bagaimanapun tiada mangsa terlibat. Semua penghuni rumah yang menyewa kediaman berkenaan keluar bekerja ketika kejadian berlaku.
"Siasatan berhubung punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.