BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah mewah rupanya kandang biri-biri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Rumah mewah rupanya kandang biri-biri​

geli-kandang.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan kawanan biri-biri di dalam bangunan dua tingkat yang kelihatan seperti rumah. - TikTok

JAKARTA – Pengguna media sosial terkejut apabila sebuah bangunan dua tingkat yang disangka rumah mewah di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah rupa-rupanya dijadikan kandang biri-biri, lapor portal berita Lambe Turah.

Dikenali sebagai ‘kandang biri-biri sultan’, bangunan itu terletak di daerah Batur.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @afdholabadi menunjukkan kawanan biri-biri sedang berehat di dalam kandang masing-masing yang terletak di tingkat satu.

Lebih menarik, setiap kandang memiliki lantai serta dinding mozek.

Menurut pemilik haiwan itu, dia sengaja membina kandang seperti rumah untuk keselesaan dan kesihatan biri-biri ternakannya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 13,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Hidup mereka lagi selesa dari saya,” kata seorang netizen. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register