BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Korban Tegas: JPV Perak Rampas 64 Biri-biri, Kambing Di Tapah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
dca8f1c08f8fc170d9f80be5c00a894c69e63daa8833b

d7f6d298212f005ebd6e3efa7ac9dd3d69e63dc5e0b6d

Kredit: JPV Perak

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mematahkan cubaan memindahkan 37 biri-biri hidup dan 27 kambing secara haram menerusi Ops Korban Tegas di Tapah semalam.

Pengarah JPV negeri Dr Saifullizam Abd Kadir berkata pasukan penguat kuasa berjaya menahan sebuah lori di Kilometer 323.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan kira-kira 11 pagi.

Beliau berkata ternakan berkenaan dipercayai untuk dijadikan stok korban dianggarkan bernilai RM30,000 manakala lori yang digunakan pula bernilai RM80,000 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM110,000.

“Kami sedang melakukan pemantauan sempena operasi berkaitan pemindahan ternakan. Semasa membuat pemantauan, kami terserempak dengan lori membawa ternakan itu.

“Kambing itu dipercayai dibawa dari Kelantan ke Selangor sempena Aidiladha,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Saifullizam berkata pihaknya turut menahan pemandu lori berusia 31 tahun, yang hanya memberikan kerjasama selepas pihak penguat kuasa menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata lelaki itu dibebaskan selepas disoal siasat dan hasil siasatan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai permit pemindahan dan telah melakukan pemindahan secara haram.

“Modus operandi yang dilakukan adalah dengan menutup keseluruhan bahagian belakang kenderaan menggunakan kanvas bagi mengaburi pihak penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

 
Back
Top
Log in Register