BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rugi labur WhatsApp

autorebateinstaforex

Banned
Messages
44
Joined
Feb 13, 2015
Messages
44
Reaction score
0
Points
6
Kuala Lumpur: Teruja mendapat untung berlipat kali ganda menyebabkan seorang penjawat awam kerugian hampir RM10,000 selepas diperdaya skim pelaburan bergerak aktif melalui aplikasi WhatsApp.

Sindiket terbabit menjanjikan pulangan keuntungan lebih tujuh kali ganda bagi setiap pelaburan yang dilakukan mangsa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil, 35, berkata, dia mengetahui berhubung pelaburan itu selepas menyertai satu kumpulan WhatsApp yang turut dianggotai salah seorang ahli keluarganya.

Menurutnya, salah seorang ahli kumpulan itu yang mendakwa ejen pelaburan menawarkan pelaburan serendah RM500 dengan pulangan sehingga RM2,000 dalam tempoh dua bulan.

“Saya tertarik dan percaya terhadap penerangan diberikannya melalui aplikasi WhatsApp berhubung keberkesanan pelaburan itu.

“Susulan itu saya membuat pelaburan dengan memasukkan wang ke dalam akaun ejen berkenaan pada sekitar bulan Oktober tahun lalu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit bagaimanapun menawarkan satu lagi skim pelaburan yang didakwa lebih menguntungkan kepadanya.

“Malah ejen itu bijak meyakinkan saya untuk terus menambah wang pelaburan hingga ia mencecah RM10,000,” katanya.

Bagaimanapun mangsa menyedari ditipu apabila wang keuntungan RM70,000 yang sepatutnya diterima gagal dibayar pada tarikh dijanjikan.

Susulan itu mangsa membuat laporan polis serta merujuk perkara itu dengan pihak Bank Negara untuk tindakan lanjut.
 
Last edited:
ada lg yg ***** rupanya.
baca ler pengalaman org lain..
bukan seorang dua...dh puluh ribu yg kena..
 
aduhhh... sakit jiwa aku baca. Ingat kumpul duit tu senang ke
 
apa raa mangkaq....untung pun tak dapat lagi, gatal2 pg tambah modal....
 
Kuala Lumpur: Teruja mendapat untung berlipat kali ganda menyebabkan seorang penjawat awam kerugian hampir RM10,000 selepas diperdaya skim pelaburan bergerak aktif melalui aplikasi WhatsApp.

Sindiket terbabit menjanjikan pulangan keuntungan lebih tujuh kali ganda bagi setiap pelaburan yang dilakukan mangsa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil, 35, berkata, dia mengetahui berhubung pelaburan itu selepas menyertai satu kumpulan WhatsApp yang turut dianggotai salah seorang ahli keluarganya.

Menurutnya, salah seorang ahli kumpulan itu yang mendakwa ejen pelaburan menawarkan pelaburan serendah RM500 dengan pulangan sehingga RM2,000 dalam tempoh dua bulan.

“Saya tertarik dan percaya terhadap penerangan diberikannya melalui aplikasi WhatsApp berhubung keberkesanan pelaburan itu.

“Susulan itu saya membuat pelaburan dengan memasukkan wang ke dalam akaun ejen berkenaan pada sekitar bulan Oktober tahun lalu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit bagaimanapun menawarkan satu lagi skim pelaburan yang didakwa lebih menguntungkan kepadanya.

“Malah ejen itu bijak meyakinkan saya untuk terus menambah wang pelaburan hingga ia mencecah RM10,000,” katanya.

Bagaimanapun mangsa menyedari ditipu apabila wang keuntungan RM70,000 yang sepatutnya diterima gagal dibayar pada tarikh dijanjikan.

Susulan itu mangsa membuat laporan polis serta merujuk perkara itu dengan pihak Bank Negara untuk tindakan lanjut.

kerja malas..nak hidup senang...cukup2 benda2 ni..kasi cincang la penipu skim ni...bila ajak bisnes takde duit...bila nak goyang kasi masuk skim cepat kaya..tetiba ada je duit...MH18gxs sungguh la..
 
MH18gxs tu apa bro?? maki hamun bahasa aviation ke? :)) :))
 
sebenarnya penipu tu memang da ajar pon cara nak kaya.. dan da tunjukkan pon mcm mane nak kaya..

mangsa kene buat perkara yg sama mcm penipu tu buat... baru leh jadi kaya n mendapat pulangan yg diingini....
 
Back
Top
Log in Register