BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

roti2 yg haram dimakan...

aku dah terima e-mel ko psylord....
nanti aku pate kan kat sini
 
sorry psylord aku dah try nak upload gambar tu kat sini tapi betul la mmg tak boleh....
 
kekeke..tu ler psl..aku rase kene gune fotopage gak ler...
 
tapi percayalah.. org melayu ni mudah lupa..
ari ni mmg la geli geleman nak makan..tapi besok lusa bila berita ni dh basi..isu ni pun dah senyap.. melantak balik..

sebenarnya penguatkuasaan JAKIM sangat lemah. umat islam arini boleh diperkotak katikkan isu halal haram makanan hanya dengan janji2 palsu pihak pengilang saja.

kalau dah minyak DUBUR tu murah korang ingat si tokey cina ni ambik pot sangat ke nak tukar kpd minyak halal yg mungkin lebih mahal? dia pun tau JAKIM x de buat spot check kalau x de org repot.
 
Ni ha..aku ada dapat info sikit pasal hal2 roti nie...

Sebahagian besar roti berlebihan asid propionik – CAP

Oleh NURUL HUDA HASSAN

PULAU PINANG 20 Sept. – Memeranjatkan. Hampir sebahagian besar roti termasuk berjenama terkenal didapati mengandungi terlalu banyak asid propionik yang dijadikan bahan pengawet, sekali gus menimbulkan persoalan sejauh mana penguatkuasaan pihak berkuasa.

Asid itu mampu menimbulkan masalah tingkah laku yang luar biasa seperti gelisah, kurang tumpuan dan gangguan ketika tidur terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Ini kerana hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati, 92 peratus roti yang diuji mengandungi asid propionik lebih lima kali daripada kandungan dibenarkan.

Sehubungan itu, Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menggesa Kementerian Kesihatan menguji semua jenis roti di pasaran sekali gus menguatkuasakan Peraturan Makanan 1985 bagi memastikan makanan yang melanggar akta itu, tidak dijual kepada orang ramai.

Menurutnya, berdasarkan peraturan itu, kandungan asid propionik, natrium, kalium dan garam kalsium tidak dibenarkan lebih 2,000 miligram bagi setiap kilogram roti.

‘‘Pihak kementerian perlu mengambil tindakan segera ke atas syarikat yang melanggar undang-undang berkenaan dan pada masa sama memantau kualiti roti yang menjadi makanan seharian rakyat negara ini.

‘‘Sementara itu, pengguna dinasihatkan mengelak daripada memakan roti sehingga pihak kementerian mengesahkan bahawa ia selamat untuk dimakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, CAP menguji 50 jenis roti yang terdapat di pasaran tempatan dan daripada jumlah itu, hanya empat jenis sahaja mengandungi asid propionik mengikut kadar dibenarkan.

Beliau turut mengedarkan jenama roti mengandungi asid propionik melebihi kadar itu.

Jelasnya, asid propionik digunakan dalam makanan yang dibakar dan keju, selain dicampur dengan makanan bakar kering untuk mencegahnya daripada berkulat dalam bentuk lain seperti kalsium dan natrium propionat.

‘‘Kajian pada tahun 2002 di Australia mendapati kalsium propionat mampu menimbulkan masalah tingkah laku yang luar biasa seperti gelisah, kurang tumpuan dan gangguan ketika tidur terutamanya di kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam pada itu, kaji selidik CAP mendapati roti yang dihasilkan mengikut kaedah moden mengandungi banyak bahan penambah, terlalu banyak garam, lemak trans tersembunyi dan penggunaan yis berlebihan

UTUSAN MLAYSIA
29 SEPEMBER
 
utusan malaysia 29september??da ade berita dr future da ke??hebat ko lan..back 2 the future ke ape...
 
jd kesimpulannya mkn la nasik.... aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti aku benci roti
 
psylord said:
utusan malaysia 29september??da ade berita dr future da ke??hebat ko lan..back 2 the future ke ape...

ye ker..tak perasan lak aku...nie aku dapat dari member aku....kekeke macam mana dia dapat berita tu pun aku tak tahu..

P.S: macam citer "Early Edition" lak.... :-D
 
adar_23 said:

kekeke...gaya ko nie macam kena denda je..ala yang budak sekolah selalu kena dgn cikgu2 diorg tu... :-D

P.S: aku masa kecil2 dulu kena denda tulis ayat yang berulang-ulang sampai 200 kali oleh cikgu aku...huhuhuh :(
 
azlann1981 said:
psylord said:
utusan malaysia 29september??da ade berita dr future da ke??hebat ko lan..back 2 the future ke ape...

ye ker..tak perasan lak aku...nie aku dapat dari member aku....kekeke macam mana dia dapat berita tu pun aku tak tahu..

P.S: macam citer "Early Edition" lak.... :-D

sebenarnya itu berita paper semalam.
 
Back
Top
Log in Register