BTC USD 84,397.0 Gold USD 4,278.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Binaan Rumah Ibadat Haram

benda gini p pejabat tanah dapatkan plan lot nie sapa punya dulu.. kalo gov.. buat apa penat penat.. upah cina mabok suruh langgar..
 
Ni komen berkaitan posting kat atas

1000740842.jpg

kalau tanah datuk moyang 500 tahun lepas.. Orang melayu,cina, kadazan, bidayuh,iban xleh ganggu la.. :ROFLMAO:

fact !!
 
1000740491.jpg


MAKLUMAN (ISU LENCONGAN KUIL DAN JALAN DI JALAN MERU)

Isu ini telah ditangani oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Diraja Klang dan hasil semakan :

KUIL - kedudukan kuil telah melencong dan telah dirujuk ke Pejabat Tanah Daerah Klang untuk tindakan serta Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana laluan berkenaan di bawah seliaan agensi berkenaan.

MBDK juga telah merujuk perkara ini ke Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kerana ia melibatkan isu keselamatan di lokasi tersebut.



1000741375.jpg


𝐈𝐬𝐮 𝐋𝐞𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐢𝐥 𝐃𝐢 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐮 (𝐅𝐓𝟑𝟐𝟏𝟕), 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠.

1. Laluan berkenaan adalah Jalan Persekutuan (FT3217), Jalan Meru, Klang.

2. Laluan ini telah diserahkan penyenggaraan ke pihak LRT3 pada tahun 2018 bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan LRT3 dan naiktaraf jalan.

3. Pada peringkat perancangan, terdapat rekabentuk baharu jalan yang memerlukan perobohan struktur tokong (hadapan) dan kuil (belakang) tersebut. Tokong dan kuil tersebut berada dalam Right of Way (ROW) LRT3. Walaubagaimanapun pihak LRT3 melalui Prasarana Malaysia Berhad hanya dapat mengambil sebahagian struktur kuil sahaja.

4. Pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), MBDK dan JKR Klang telah turun padang pada 13 Mei 2025 bagi meneliti isu ini kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

5. Untuk makluman, penerimaan jalan ini oleh JKR hanya boleh dilaksanakan setelah audit kriteria penerimaan jalan dilaksanakan oleh pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Ibu Pejabat JKR Malaysia.

6. Sehingga kini, jalan ini masih belum diserahkan kepada pihak JKR daripada pihak LRT3 untuk penyenggaraan.

Jurutera Daerah
JKR Daerah Klang.

#IAMJKR
#KITAJKRSELANGOR
#KITACEKAP
#TogetherWeDeliver
#JasaKepadaRakyat
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani

Shukri Ishak
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia


 
Ikut logik saudara Mohd Bakhtiar Mohd Abdullah dan beberapa ustaz yang aku tanya sebelum ni, kita kena serahkan pada umara' untuk jalankan kerja banteras kuil haram. Kita hanya boleh buat aduan.

Ya, aku tahu. Aku bukannya bodoh sangat.

Tapi, hujah kamu jadi 'pointless' apabila kamu sendiri tak letakkan diri kamu sebagai pengadu dan pendesak.

Apabila kamu sendiri tak jadi pengadu dan pendesak, seolah olah kamu adalah 'enabler' kepada kemungkaran tersebut. Fair enough?

Ok, kita bagi satu case study.

-----------

Ada dua apartment jiran, Residensi Bayu dan Pangsapuri Selangor Sri Temenggung, Batu Caves.

Yang memisahkan antara mereka adalah kawasan pencawang elektrik, tanah milik TNB.

Berdasarkan cerita penduduk, kawasan itu dulunya setinggan. Ada rumah, surau dan kuil.
Semua sepatutnya diroboh untuk beri laluan kepada pembangunan.

Apa yang paling best, bila tiba masanya, surau diroboh ketika penduduk pergi bekerja.

Untuk kuil, penguatkuasa tangguh roboh kepada keesokan harinya.

Esoknya, Majlis Perbandaran Selayang datang dengan jengkaut, penganut kuil berkumpul untuk menghalang. Melihatkan itu, mereka pun pulang sambil mengeluh, "Kita tak boleh buat apa bro, diorang bersatu" (ok ini aku tambah haha)

Apa natijahnya? Kuil itu kekal sehingga sekarang dan semakin membesar 👏

----------

Sejak awal 2025, penduduk apartment mula tak tahan dengan bunyi bising mereka bergendang sehingga lah ke awal bulan September, 3 malam mereka non stop bermain muzik sehingga awal pagi.

Ngam pulak kedudukannya antara 2 apartment, bunyi nya mesti syahdu asbab pantulan bunyi.

Macam biasa, MPS - TNB - PTG - LIMAS bermain taichi dan silambam.

Mujurlah beberapa hari lepas, TNB ada keberanian sedikit untuk potong bekalan elektrik. MPS hanya mampu buang signboard kuil.

Dan binaan kuil itu masih 'untouchable'.


 

Kuil Haram Besar Ceroboh Tanah Rizab Gunung, Ganggu Ketenteraman Penduduk​

Seorang pesara polis meluahkan rasa kecewa selepas aduan kepada pihak berkuasa mengenai keberadaan kuil haram besar di hadapan rumahnya seolah-olah tidak dipedulikan.
Menurutnya, banyak aduan telah dikemukakan sejak rumah ibadat haram itu didirikan di Laluan Bunga raya, Kampung Tersusun Batu Lapan di Ulu Kinta pada 2017, namun ia masih beroperasi sehingga sekarang.


 
Tuan tanah robohkan je sendiri, tapi tu la.. kena keluar modal jugak backhoe...bila dh runtuh, deme dtg claim, boleh tunjuk geran, batu sempadan, celah mana tanah tu hak milik dieorg... baru ada akal...

bahaya bang takut kena ugut, nyawa melayang, dia kacau anak beranak keluarga kita. siapa nak tolong?
 
Back
Top
Log in Register