BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai KPM jangan menyusahkan ibu bapa dengan benda2 yg dah tak relevan

Dilema ibubapa anak baru masuk asrama

• Hampir setiap tahun Kementerian Pelajaran Malaysia cuba memperkenalkan cara baru untuk membantu ibubapa mengurangkan beban kos awal persekolahan. Terkini ialah dengan memansuhkan kewajipan tali leher dan penyelarasan warna seragam, iaitu langkah mengkaji penyelarasan warna seragam untuk mengurangkan sekolah mewajibkan terlalu banyak pakaian tambahan (seperti kemeja-T dan blazer) yang meningkatkan kos

• Namun saya dan isteri mengalami pengalaman berbeza semasa pendaftaran tingkatan satu anak kami disalah satu sekolah terkemuka di Johor Bahru. Mungkin kerana sekolah ini dianggap Istimewa kerana hanya ada 4 buah sekolah jenis ini di Malaysia, maka pihak sekolah menetapkan pelbagai syarat iaitu pakaian yang mesti di sediakan oleh ibubapa. Untuk makluman, ini bukan sekolah swasta, ia adalah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

• Setelah selesai mendaftarkan anak, saya lihat semula senarai panjang keperluan masuk asrama yang agak banyak. Tidak termasuk keperluan cadar (logo sekolah), selimut, tudung, lencana stokin, baldi, kunci mangga, dan keperluan peribadi lain.

• Berikut saya senaraikan HANYA baju, seluar dan kasut seperti berikut yang mesti dibeli di sekolah dan dibeli sendiri oleh ibubapa:-
1. Baju My Art Rasmi
2. Baju Smart Asrama
3. Baju KrMJ
4. Baju Kokurikulum
5. Baju sukan
6. Baju korporat tempahan
7. Kain batik (belum berjahit dan perlu ditempah menjadi baju batik seragam)
8. Seluar My Art
9. Kain Samping (Lelaki) / Kain Sarung (Perempuan)
10. Kemeja putih (lelaki) / baju kurung putih (Perempuan)
11. Seluar Panjang hijau (lelaki) /kain biru muda (Perempuan)
12. Kasut hitam kanvas bertali
13. Kasut kulit hitam (tumit 1 inci bagi perempuan)
14. Kasut sukan
15. Baju melayu teluk belanga (lelaki)
16. Seluar trek hitam
17. Skirt labuh hitam
18. Tshirt putih berkolar
19. Seluar panjang hitam slack
20. Tudung putih (Perempuan)
21. Tudung hitam (Perempuan)
22. Kemeja putih lengan panjang dan seluar slack hitam (pakaian khas semasa hari pendaftaran)

• Dalam senarai ini, baju yang perlu disediakan oleh ibubapa ialah 10 jenis (lelaki), 9 jenis (perempuan) tidak termasuk pakaian biasa untuk kegunaan di asrama. Persoalannya, sesi persekolahan hanya 5 hari seminggu, bukankah baju seragam sekolah rasmi ialah baju putih dan seluar panjang hijau (lelaki), baju kurung putih dan kain biru muda (perempuan). Kenapa terlalu banyak baju lain yang perlu disediakan?

• Saya juga pernah bersekolah asrama penuh. Setiap hari kami pakai kemeja putih dan seluar hijau (lelaki), baju melayu (hari Jumaat), Baju sukan dan baju batik outing. Cuma ada 4 jenis pakaian yang wajib ada untuk bersekolah. Kasut cuma ada dua jenis iaitu kasut sekolah dan kasut sukan. Sekarang kena ada kasut hitam kanvas, kena pula ada kasut kulit hitam? Pakai je lah yang kanvas tu

• Saya berpendapat, pihak sekolah telah menetapkan terlalu banyak pakaian yang tidak ada keperluan. Untuk apa baju My Art? Baju smart asrama? Baju korporat? Tshirt putih berkolar? Kasut kulit hitam dan kasut kanvas hitam? Malah kemeja putih khas (perempuan) hanya untuk hari pendaftaran?

Kenapa tidak pakai baju sekolah sahaja masa hari daftar? Kenapa perempuan kena ada kemeja putih untuk hari pendaftaran? Perempuan kena juga ada seluar slack hitam, skirt labuh hitam pun kena ada? Kena ada tshirt putih berkolar sementara sebab baju sukan belum siap… baju KrMJ kan ada.. pakai lah dulu.

Tak perlu tshirt putih sementara. Saya tak pasti adakah sekolah ini nanti ada uniform kadet/PBSM/Puteri Islam etc. Kalau ada tentu kena beli lagi. Baju kokurikulum pun ada juga
*ada kemungkinan salah faham saya sendiri tapi senarai di atas berdasarkan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah

• Untuk maklumat, keseluruhan bayaran untuk pendaftaran ialah RM856.20 (tidak termasuk keperluan peribadi dan pakaian yang dibeli sendiri yang bukan dari sekolah). Daripada jumlah ini, harga baju dan keperluan asrama ialah RM501 tak termasuk yang dibeli sendiri seperti kasut. Ini bermakna kos buku dan alat tulis yang wajib dibeli di sekolah hanya RM355.20. Harga alat tulis dan buku agak munasabah tapi harga baju lebih banyak mengatasi kos keperluan pembelajaran

• Saya merasakan keperluan yang ditetapkan pihak sekolah terlalu banyak dan membebankan. Kalau dikira perbelanjaan keperluan peribadi lain, anggaran keseluruhan ialah hampir RM1800 belum masuk Yuran Makan (RM850) dan PIBG (belum dimaklumkan). Bayangkan jika ada 2 orang anak yang masuk asrama, ia sangat membebankan ibubapa. Tidak semua ibu bapa berpendapatan tinggi dan mampu membayar kesemua kos memulakan sekolah dengan tersenyum

• Ia bukan sahaja membebankan dari segi kewangan tapi membebankan mental dan mengambil tenaga dan masa banyak dalam menyediakan semua keperluan ini. Kebanyakan ibu bapa ada 2-3 anak yang bersekolah dan kesemuanya mendapat syarat keperluan berbeza.

Anak saya bakal bersekolah di sekolah yang sama untuk tempoh 5 tahun hingga tingkatan 5. Keperluan ini mesti disediakan setiap tahun kecuali beberapa pakaian yang masih muat untuk digunakan. Ia belum kira ada baju hilang, baju dah sempit dan lain-lain

• Ini tidak selaras dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berusaha mengurangkan beban ibu bapa kerana pihak sekolah sendiri yang mewujudkan pelbagai syarat keperluan tambahan

• Saya menyeru agak pihak sekolah mengkaji semula senarai pakaian yang tidak perlu agar ia tidak membebankan ibu bapa

• Mungkin akan ada netizen yang berpendapat “kalau tak mampu, hantar lah anak ke sekolah biasa”. Untuk makluman, senarai keperluan ini hanya dimaklumkan kepada ibu bapa setelah mengesahkan menerima tawaran sekolah. Jadi saya tidak ada pilihan selain terpaksa menyediakan keperluan yang ditetapkan.

*isteri saya melarang saya menulis di social media kerana bimbang anak saya akan menjadi sasaran tekanan pihak sekolah.

Namun saya merasakan menulis di sini lebih berkesan berbanding memberikan cadangan di mesyuarat PiBG (akan saya usulkan juga) yang biasanya hanya di ambil ringan. Sekirany benar anak saya akan mendapat tekanan guru dan anak saya mengadu, saya akan bertemu guru berkenaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia
617614190_10164127010983901_5290730252049871607_n.jpg
 
Saya menulis tentang dilema anak masuk asrama dan saya dapat banyak respond yang tidak akan saya balas setiap satu
.
Kesimpulan dapat 4 jenis respond dan saya akan jawab

—————————————-

Respond 1: Kalau tak mampu jangan hantar anak ke sekolah asrama

Jawapan saya:

- Sekolah asrama atau tidak, SBP, sekolah jenis khas, sekolah elit atau tidak dan semua sekolah sepatutnya untuk semua golongan kaya dan miskin selagi ia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
- Posting saya bukan mahal yuran atau peralatan pembelajaran tapi syarat pakaian yang di tetapkan terlalu banyak dan redundent yang menjadi beban dan tidak masuk akal

- Bayangkan tshirt sahaja 6 jenis tak termasuk baju seragam putih, baju batik, baju korporat, baju melayu/baju kurung. Yang perempuan dah ada baju kurung kena pula baju kemeja
- Tshirt yang 6 jenis itu untuk apa terlalu banyak. Ada pula tshirt putih sementara
- Kasut dah ada kasut sekolah hitam, perlu pula kasut kulit hitam

- Jumlah harga pakaian sahaja yang dibeli di sekolah ialah RM501 tak termasuk beli sendiri di luar (tambah lagi lebih kurang RM400)
- Manakala kos buku dan alat pembelajaran ialah RM355.20.
- Mana lebih penting? Baju ke buku?

- Ada yang kata baju tu semua akan dipakai mengikut keperluan acara. Kenapa perlu berbeza setiap acara? Acara tidur takde baju khas pula? Apa keperluan terlalu banyak jenis pakaian.
- Kalau anda respond kalau tak mampu, hantarlah anak ke sekolah harian, maka benarlah sekolah asrama ini hanya untuk orang kaya

- Saya sedar memang saya tak mampu. Tapi dek kerana anak merayu nak masuk sekolah ini, maka saya gagahkan dan usaha. Sebab tu dapat juga belanja dan daftarkan anak
- Ia bukan kerana mengeluh tidak peka pendidikan anak, tapi saya mohon KPM kaji semua keperluan pakaian ini

- Kenapa sekolah amalkan pelbagai pakaian setiap hari dan acara yang harganya tidak murah. Kenapa tidak baju putih seluar hijau yang lebih murah
- Kenapa perlu 6 jenis tshirt rasmi. Kenapa perlu 2 jenis kasut sama warna?

———————————

Respond 2: Orang terdekat nasihatkan saya delete posting sebab takut anak saya akan dapat tekanan dari pihak sekolah. Bincanglah dengan PIBG

Jawapan saya:

- Dengan posting saya kita dapat respond ramai ibubapa lain, ia bukan masaalah sekolah ini sahaja. Masaalah sama oleh ramai ibu bapa di sekolah lain
- Bermakna ia mesti diatasi di peringkat kementerian

- Bincang dengan PIBG? anak kami daftar awal Januari. Masa bila nak bincang dengan PIBG?
- Sekolah dah bagi senarai yang perlu dibawa pada hari pendaftaran. Maka bergolok gadai lah saya untuk sediakan

- Anak saya tentu akan cakap “ini mesti ada, ini kena ada!” sambil lihat senarai dari sekolah
- Jadi apa pilihan saya?
- Baik, insyaAllah saya akan datang mesyuarat PiBG nanti. Tapi… barang semua dah beli. Untuk apa di suarakan lagi?

- Anak saya akan dapat tekanan pihak sekolah? Wah begini ke sikap sekolah? Nak beri tekanan, berikan kepada saya. Bukan kepada anak saya. Sebab saya yang penulis posting. Saya sedia ke sekolah jika dipanggil. Kalau benar anak saya akan dapat tekanan, takpe lah, saya keluarkan anak saya. Biar sekolah ini untuk orang kaya seperti anda kata
- Saya menulis agar ada solusi menyeluruh dari KPM

————————————————-

Respond 3: Cuma beli sekali boleh pakai sampai tingkatan 5

Jawapan saya:
- Anak ini akan membesar dalam tempoh setahun. Silap-silap baju korporat RM85 tu sempat pakai 6 bulan je
- Belum kira jika hilang dan anak minta beli baru

————————————————-

Respond 4: Berbaloi belikan anak sebab anak dapat pendidikan terbaik. Anak akan buat persembahan dalam dan luar negara

Jawapan saya:

- Anak saya baru nak masuk Tingkatan 1. Dalam tempoh 4-6bulan ni ada bawak pelajar tingkatan 1 untuk persembahan dalam dan keluar negara seperti yang anda katakan?
- Adakah semua pelajar Tingkatan 1 akan buat persembahan? tentu akan dipilih. Kan baru belajar

- Pakaian dalam senarai ini belum tentu akan jadi pakaian persembahan. Nak persembahan menari takkan pakai tshirt 6 helai atau baju putih? tentu nak pakai baju tradisi kilat-kilat pula.
- Pakaian dalam senarai ini hanya untuk kegunaan dalam sekolah!
- Pakaian persembahan boleh sahaja di beli mengikut keperluan. Saya sedia beli jika ia perlu.

——————————————

Jawapan tambahan dan saranan

- Posting saya bukan sekadar soal mampu dan tak mampu. Posting saya mempersoalkan apa keperluan pelbagai jenis tshirt untuk setiap hari
- Lihat dalam senarai dalam gambar ini, mana pakaian seragam sekolah putih seluar hijau/kain biru? Takde pakai pun sedangkan ia adalah uniform rasmi semua sekolah

- Kembalikan sahaja pakaian uniform sekolah seperti dulu. 3 hari uniform rasmi sekolah, 1 hari baju sukan, 1 hari baju melayu (Jumaat). Lebih jimat dan baju pun murah
- Posting saya juga membandingkan langkah KPM yang cuba mengurangkan beban ibubapa seperti memansuhkan penggunaan tali leher, namun pihak sekolah pula membuat aturan berlainan yang menambah beban

- Tindakan sekolah tidak selaras dengan hasrat KPM
- Yang komen kata tak mampu hantar anak ke sekolah harian: ya saya tidak mampu. Namun demi anak saya cuba mampukan tapi saya ingin berikan saranan ini kepada KPM agar di ubah

- Jangan lupa, golongan M40 seperti saya lebih banyak beban berbanding yang lain. Nak mohon bantuan pun susah sebab kita M40. Dan jangan lupa T20 pun bukan sentiasa ada duit ribu-ribu dalam kocek. Kadang sesak juga tinggal RM50. Hanya kerana kerja mereka T20 jangan lupa tanggungan mereka juga besar

- Sekolah kerajaan sepatutnya menjadi kemampuan semua golongan. Bukan cakap kalau tak mampu masuk sekolah harian
- Sekali lagi kalau benar posting saya akan menyebabkan anak saya akan mendapat tekanan dari sekolah, baiklah, teruskan jadikan sekolah anda untuk golongan tertentu. Saya memang tak mampu. Orang yang tak mampu kena sekolah biasa je kan?

618894829_10164130259003901_4136703039058667782_n.jpg

Ni anak kat ssem johor bahru ni. Mmg la mahal. Tak suka ssem masuk la sekolah harian. Zaman sekarang masuk mrsm pun sgt mahal. Tak nak ikut, sila masuk sekolah harian, satu kelas ada 40 budak. Kalau mrsm satu kelas 24 org je
 
Last edited:

isunya baju pelbagai jenis tu bro.. bnyk sgt.. yg lain2 rasanya ok
 
Back
Top
Log in Register