BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang Pengotor

sir_hepi

Active Member
Messages
2,136
Joined
Nov 30, 2018
Messages
2,136
Reaction score
509
Points
81
Patutla sedap. teluq ayam ada dlm bekas taik ayam depa selamba pegang dan pecahkan teluq. macammana lah orang luaq boleh makan mai di kedai pengotor macam ni

Rupanya dah penah kena saman KKM. Tapi ramai yg masih pergi mkn. Kesedaran masih lagi jauh belakang. Dia org beratur lagi nk beli, padahal pegawai tgh nk saman ni.

Tertarik satu komen kt fb. Kalau kita akhlak kurang, suka maki2 orang, payah nak beribadah kena tengok balik apa yg kita makan, kat mana kita makan.

True.
 
Ada lagi ke manusia makan di kedai mamak lorong2 kaki lima nie
 
perut org mesia dah imune dgn makanan kaki lima... kalo x imune.. lame dah mcm2 virus wujud kt mesia ni.. last virus pun yg wujud.. virus nipah dan JE.. tuh pun dr vavi..
 
312688159.jpg

belakang tu tauke dia ke?
memang bangsa degil ni. selekeh je apron pun tak pakai.
 
Tular video dakwa tak cuci telur, pemilik gerai roti canai mohon maaf
MalaysiaGazette by Malinda Abdul Malik / December 31, 2022 at 02:27PM
//
keep unread

-
31 December 2022

3F7EC1F0-A550-4A1C-B899-4FBFED477C56-681x383.jpeg

Gerai roti canai Jalan Transfer di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa hari ini meskipun semalam tular video dakwaan guna telur ayam yang tidak dicuci.

GEORGE TOWN – “Kami minta maaf, memang salah pekerja saya tapi semua telur ayam itu telah dibasuh sebelum digunakan,”.

Demikian jelas pemilik gerai roti canai Jalan Transfer, Shahjahan Abdul Hamid, 50, ketika diminta mengulas mengenai video tular menunjukkan pekerjanya didakwa menggunakan telur ayam tidak dicuci selain menebar roti canai selepas mengambil telur tersebut.

Menurut Shahjahan, dua pekerjanya tidak hadir semalam menyebabkan keadaan di premis berkenaan kelam kabut sekali gus membuatkan ada pekerjanya yang lain bertindak sedemikian.

2E60FDDB-50AA-471F-B9EB-DBC385A1D681-995x1024.jpeg

Shahjahan.

“Video tersebut dipercayai dirakam oleh pelanggan yang sedang menunggu pesanannya semalam.

“Kami minta maaf, memang salah pekerja saya tambahan pula musim cuti sekolah ramai pelanggan membuatkan pekerja saya membuat kerja dalam keadaan tergesa-gesa.

“Memang kami cuci semua telur ayam tersbeut sebelum digunakan namun mungkin keadaan semalam pekerja saya membuangnya begitu dalam bakul disediakan membuatkan keadaan kelihatan seolah-olah ia tidak dibersihkan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.

Dalam agama Islam, telur perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan kerana bimbang najis masih terdapat di kulitnya.

C994C692-C914-4AAF-A568-FB659152E0D5-1024x904.jpeg

Salah seorang pekerja gerai roti canai sedang membasuh telur ayam untuk kegunaan mereka.

Mengulas lanjut, Shahjahan berkata, pelanggan ke premisnya hari ini kekal dalam kuantiti sama selain tiada yang hadir bagi meminta penjelasan berhubung video tular itu.

“Saya sedar akan video tular itu malam tadi dan alhamdulillah pelanggan masih kekal ramai hari ini,” jelasnya.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan seorang pekerja gerai roti canainya didakwa mengambil telur ayam yang tidak dicuci dan meletakkannya di dalam satu bakul berhampiran tempat menebar roti.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan juga dilihat tidak menyusun telur dengan baik sehingga menyebabkan ia pecah sebelum meneruskan menebar roti untuk pelanggan. – MalaysiaGazette

Perh mesti makin ramai lg Kedai dia org pi nie
 
Itu yg nampak,....... Yg tak nampak..... 🤣🤣🤣🤣🤣
 
Back
Top
Log in Register