BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rosli sah suami Ilyani

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
KOTA BHARU - Bekas pegawai khas kepada seorang anggota Exco kerajaan negeri, Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir, 35, dan pasangannya, Ilyani Mohd. Noor, 30, kini disahkan sebagai suami isteri dan boleh tinggal bersama.

Rosli berjaya dalam tuntutannya membatalkan perintah mufarakah untuk tinggal bersama dengan isteri keduanya itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie, Mohamed Yusof Awang membatalkan perintah mufarakah selepas pasangan itu telah berkahwin semula mengikut syarak di Kampung Bangsal Wakseng, Yarang, Pattani, Thailand pada 22 Disember tahun lalu.

Pasangan itu juga bersetuju membatalkan perkahwinan pertama mereka di Masjid Subang Airport, Selangor pada 26 Disember 2008.

KERATAN Kosmo! 29 Disember 2009.

Mahkamah itu pada 9 November 2009 lalu memerintahkan Rosli dan Ilyani bermufarakah selepas bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man, 58, memohon mahkamah membatalkan perkahwinan mereka yang diragui kesahihannya.
 
Dah sah pun... Selesai dah... Bapa si perempuan pun jangan la marah marah lagi.. Ank ko pun dah jadi waris orang dah..
 
Salam..kenapa isu ni dipolitikkan..sdg kan ada seoarng ahli parti memerintah dikatakan meliwat tapi senyap da...kanon da
 
mestilah sah..ahli pas..mana leh salah hukum syariah...
 
Back
Top
Log in Register