BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rokok elektronik perlu diharamkan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

JACOB GEORGE

KUALA LUMPUR 26 Julai – Pihak berkuasa perlu mengharamkan penggunaan rokok elektronik kerana didapati mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, kandungan perisa rokok elektronik itu hanyalah sebagai tambahan sedangkan penggunaannya tetap memberi kesan kesihatan yang boleh menyebabkan ketagihan.

“Rokok elektronik sebenarnya untuk menjimatkan duit poket sahaja tetapi dari sudut kesihatan tidak membantu. Sama sahaja.

“Lama kelamaan membuatkan orang berasa ketagih sehingga mendatangkan mudarat yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia mengenai trend rokok elektronik termasuk kewujudan cecair perisa ganja.

Mengenai cecair perisa ganja, Samsudin berkata, ia merupakan produk bahaya kerana boleh menggalakkan golongan muda terbiasa dengan dadah.

“Perkara ini patut dikaji semula di bawah Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Perlu diharamkan te*rus kerana mencegah adalah lebih baik daripada membiarkannya menjadi berleluasa,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, penjualan cecair rokok elektronik perisa ganja wajar dipantau pihak berkuasa kerana dikhuatiri mengandungi unsur negatif kepada pengguna.

“Ia memudaratkan kesihatan jika diletakkan ganja dan wajar dipantau,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, pihak berkuasa perlu mewujudkan unit tindakan khas bagi memantau isu penjualan cecair rokok elektronik perisa ganja.

Katanya, ia bagi memastikan pencegahan dapat dibuat selain mengenal pasti anasir negatif yang berlaku dalam dunia perniagaan tersebut.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/haramkan-rokok-elektronik-1.117380#sthash.xAFAfnHU.dpuf
 
rokok biasa tu tak jejaskan kesihatan pengguna ka??
isunye 1 jek wa rasan..jejaskan kutipan cukai rokok..
 
Sudah mula balik. Nampak sangat kutipan cukai rokok "halal" tidak cukup.
 
ok ini lawak hahahaha....

yg terang2 bahaya cam rokok tu tak dikisahkan plop..
 
Bahaya sbb x dpt cukai, nnti klau ad cukai, x bahaya pun.
 
jilake punya kelakar... :D :D

yang rokok biasa dah terang² mendatangkan masalah kesihatan tu tak diharamkan pulak.. sebab bercukai. lol
 
lagi nak per*****kan org....lawak la diorg ni..apa lagi diaorg nak sakau duit rakyat...yg kaya kroni jugak bedal duit cukai.cybai
 
rokok, memudaratkan orang dan orang di sekeliling..rokok elektronik, ntah, memudaratkan diri orang tu jer kot...so mana lagi elok?
 
minta kerajaan keluar'n rokok elektronik cap dacing. kroni dpt projek, kerajaan dpt cukai. ini yg lebih afdhal..
 
Back
Top
Log in Register