'Seriuskah kerajaan membela Rohingya?'
Diterbitkan: Dec 5, 2016 8:57 PM
Kesungguhan kerajaan Malaysia mendepani isu Rohingya dipertanyakan lagi apabila usul mengenai nasib etnik tertintas itu pernah gagal dibahaskan parlimen.
Ketua Pejabat Ketua Pembangkang Malaysia, Malek Hussin, hari ini berkata usul tergempar untuk membincangkan penindasan di Myanmar itu pernah dibawa Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kira-kira empat tahun lalu lagi.
Bagaimanapun usul berkenaan ditolak speaker Dewan Rakyat.
Dua langkah tanda serius
Pengkritik Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad pula
mempertikaikan ketepatan langkah perdana menteri menyertai demonstrasi berkenaan.
Bagi Dr Mahathir, protes hanya wajar dilakukan pihak di luar kerajaan, manakala perdana menteri boleh bertindak mengikut saluran diplomatik antara kedua-dua negara.
Kata Malek keengganan parlimen menerima dan membahaskan usul tergempar dibawa Nurul Izzah tidak membayangkan kesungguhan kerajaan menangani isu Rohingya.
Malah katanya pada 22 November lalu ketika Dewan Rakyat bersidang usul tergempar berkaitan Rohingya turut dibawa Anggota Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah tetapi sekali lagi ditolak.
"Jika serius isu Rohingya, kenapa parlimen tolak usul mengenainya?" tanya Malek lagi.