https://www.facebook.com/#
https://www.facebook.com/zabetha?__cft__[0]=AZaFxB85SAjfz3k6V3ig09QW6QUeAlrUWkq85FHoAaSKZI6W9eaoBZsFb9Xqu7v-8Osfbhaq_Y0WPBhoNkKo9tOARjyfP_Ap_Xp2GroGBuk-P2wTLFEO79rsHEGexwDfm63hSaRL2IEBaQPDXcnzbDmtyu90DCksruOJcZrHMVsro-Rz3C7-EsN96TnJIDmxcHPfbbKAlrbdNRIGrld_E7w-1ktqnjByEiaRB3-BhAkvMw&__tn__=<<,P-y-R
Snporosdte12eht0657tugt6gi8a t125i:cm 5 J461t20ca0cim1t5fnm2 ·
Rupanya bukan satu video, bukan dua video. Saya dapati Noor Azizah secara aktif mengecam atau menceritakan sisi gelap Malaysia di pelbagai platform media sosial dan temu bual antarabangsa.
Saya boleh katakan bahawa Azizah adalah seorang pencerita (narator) yang cukup baik. Penyampaian kisahnya sentiasa tersusun. Ada permulaan, konflik, klimaks dan penutup. Kaedah penceritaannya sangat berkesan sehingga membuat penonton rasa hook dan terus mahu mendengar.
Saya lihat di Youtube ada video temubualnya, di internet ada penulisannya. Saya kongsi semua di ruang komen.
Azizah adalah Co-Executive Director di Rohingya Maìyafuìnor Collaborative Network (RMCN) dan penasihat berkaitan isu pelarian di panel-panel antarabangsa termasuk di Geneva, Australia’s Refugee Advisory Panel dan ATCR Refugee Steering Group.
Azizah adalah wajah perjuang pelarian Rohingya. Dia seperti 'spoke person' yang sentiasa dipanggil untuk ditemubual berkaitan isu ini.
Entah berapa ratus kali dia ditemubual. Dia tahu susunan kisahnya, dia tahu bagaimana hendak memasukkan konflik, simpati dalam penceritaannya. Plot cerita dan gaya penyampaian seolah-olah, dia mangsa dan Malaysia itu digambarkan villain.
Kalau kalian baca buku, Talk Like TED, the 9 Public Speaking Secret of The World's Top Mind oleh Carmine Gallo. Dalam buku ini memberikan tips tentang kaedah public speaking yang berjaya menarik penonton dan diberikan contoh-contoh orang hebat sewaktu sesi TED Talk.
TED Talk ialah satu sesi pembentangan, biasanya sekitar 5–18 minit, seseorang berkongsi idea, pengalaman, kajian atau solusi yang dianggap bernilai untuk masyarakat. Antara orang ternama yang pernah menyertai seperti Bill Gates, Elon Musk, Monica Lewinsky, Brené Brown.
Buku ini sangat membantu saya. Antara salah satu tips dicadangkan, mulakan pembentangan dengan penceritaan. Perlu ada hero-villain. Kalau kita lihat setiap kali naratif Azizah, banyak tips dari buku ini.
Dia orang bijak, dia tahu setiap perbuatan ada kesan dan akibat. Dia pasti tahu kesan-kesan penceritaan.
Azizah mempunyai kelayakan akademik yang sangat baik iaitu Master of Peace and Conflict Studies, University of Sydney, Bachelor of Education (Primary & TESOL Specialization), University of Sydney, Diploma in Global Forensic Academy Capacity Building — Forensic Anthropology Foundation of Guatemala.
Naratifnya sentiasa kemas dan dia tahu bagaimana membina naratif. Dia tahu kisah mana yang akan menyentuh emosi.
Daripada penceritaan Azizah, dia menggambarkan bagaimana keluarganya merentasi hutan dalam keadaan life-threatening, bagaimana mereka akhirnya mendarat di sebuah pulau di Sabah, dan bagaimana mereka hidup 90% masa di dalam hutan kerana takut dikesan.
Naratif yang dibawa juga sering disampaikan dengan elemen-elemen dramatik seperti dalam sebuah karya, tidak dapat tidur malam kerana mendengar derapan kasut boot, kisah tempat persembunyian, ancaman keselamatan, ketakutan berterusan, dan perjalanan hidup yang penuh trauma.
Semua ini menjadikan penceritaannya sangat kuat dari sudut emosi.
Dia turut menceritakan kisah seorang wanita Rohingya yang sarat mengandung, pergi ke klinik untuk bersalin tetapi diminta deposit RM5,000. Disebabkan tidak mampu membayar deposit tersebut, wanita itu didakwa tidak dibenarkan bersalin sehingga bayi meninggal dunia di luar klinik.
Persoalannya, hospital manakah yang dirujuk?
Hospital kerajaan atau hospital swasta?
Jika hospital swasta, realitinya bukan warga Rohingya sahaja, warga Malaysia sendiri pun tidak akan dapat rawatan di hospital swasta jika tidak mempunyai kemampuan kewangan atau deposit yang diminta.
Di Malaysia, kita ada hospital kerajaan. Jika disemak struktur bayaran rawatan untuk warga asing, kos bersalin di hospital kerajaan biasanya jauh lebih rendah berbanding hospital swasta.
Dalam banyak keadaan, kes kecemasan tetap diterima masuk terlebih dahulu walaupun isu bayaran belum diselesaikan. Caj untuk warga asing memang lebih tinggi berbanding warganegara. Namun realitinya, banyak juga kes tunggakan bil rawatan yang tidak dibayar sepenuhnya.
Dalam salah satu temu bual bersama France 24 yang dimuatnaik pada 2.5.2024, dia sekali lagi mengangkat naratif penderitaan etnik Rohingya di Malaysia termasuk pengalaman hidupnya sendiri selama 8 tahun setengah di Malaysia.
Jujur saya katakan, saya juga bersimpati terhadap nasib warga Rohingya kerana penindasan lebih 80 tahun.
Bila melibatkan isu kemanusiaan, hati kita tersentuh. Kita tidak boleh menafikan mereka adalah manusia yang melalui penderitaan yang berat tetapi pada masa sama, kita juga tidak boleh menutup mata terhadap realiti sosial di negara ini.
Ada kes-kes jenayah melibatkan individu daripada komuniti Rohingya. Ada isu peminta sedekah berleluasa. Ada lambakan penempatan yang menimbulkan keresahan penduduk tempatan. Ini juga realiti yang rakyat Malaysia lihat dan hadapi setiap hari.
Sebab itu sentimen masyarakat bercampur-baur antara simpati dan kemarahan.
Apa yang menarik perhatian saya dalam temu bual bersama France 24 itu ialah pengacara tidak sekali menyebut perkataan Malaysia. Ditanya tentang pengalaman. Ditanya tentang apa tindakan dan usaha.
Pengacara ada menyebut negara Myanmar dan pelarian Rohingya di kem Bangladesh yang telah diperkosa dan layanan bagaimana mereka ditindas.
Tetapi Azizah seolah-olah memastikan nama Malaysia sentiasa disebut dan disebut bersama sisi-sisi yang gelap. Azizah tidak menceritakan apa yang dialami etniknya di Malaysia seperti yang dicadangkan pengacara tentang isu rogol dan penganiayaan dalam kes di Bangladesh.
Apabila ditanya tentang apa yang dia lakukan untuk membantu bangsanya selepas berjaya menetap di Sydney, dia menjawab bahawa dia ada melawat pelarian Rohingya di Acheh dan juga di Malaysia.
Dia juga menyebut bahawa beberapa bulan sebelum rakaman itu dibuat, kebencian terhadap Rohingya di Malaysia semakin tegang termasuk unsur hate, xenophobia, dan kemarahan masyarakat.
Persoalannya, jika dia sendiri tahu sentimen rakyat Malaysia terhadap Rohingya sedang tegang, mengapa dia terus mengeluarkan kenyataan yang hanya memburukkan Malaysia di pentas antarabangsa?
Tidakkah dia sedar bahawa kenyataan seperti ini boleh menambahkan lagi kebencian terhadap warga Rohingya yang masih berada di Malaysia?
Yang menerima kesannya bukan Azizah. Dia kini berada selesa di Sydney. Yang menerima kesannya ialah warga Rohingya biasa di Malaysia yang masih hidup sebagai pelarian dan bergantung kepada belas ihsan masyarakat sekeliling.
Bukankah tidakkan itu mendatangkan kesusahan kepada kaumnya yang sedang dia perjuangkan. Bukan satu kenyataannya darinya berlambak. Bakal memberi kesan pada kaumnya.
Sebab itu saya tertanya-tanya, adakah perjuangan ini benar-benar demi kaumnya atau akhirnya lebih banyak membina profil dirinya sebagai aktivis global? Seperti melepaskan tengkuk sendiri setelah dia kini dalam kehidupan lebih selesa.
Sebagai aktivis, dia sepatutnya juga menceritakan sisi yang seimbang.
Mengapa tidak diceritakan bahawa ramai rakyat Malaysia membantu komuniti Rohingya?
Mengapa tidak diceritakan adanya NGO, sukarelawan, doktor, guru dan dermawan tempatan yang selama ini membantu?
Mengapa tidak diceritakan tentang penempatan-penempatan komuniti mereka yang sudah terbentuk di beberapa kawasan?
Mengapa tidak disebut bahawa ramai juga bergerak bebas mencari rezeki, berniaga kecil-kecilan, dan hidup tanpa gangguan berterusan?
Adakah orang sebijak Azizah tidak membuat kajian. Ada satu penulisan Azizah di mana dia berkongsikan kisah bagaimana dia pulang semula ke Sabah dan menemui seorang nenek yang pernah membantunya. Dalam kisah tersebut, Azizah bercakap dalam bahasa Melayu dengan nenek itu.
Ini menunjukkan bahawa setelah tinggal di Malaysia selama lapan tahun, sudah tentu dia mengetahui bahasa Melayu dan memahami perkembangan yang berlaku di Malaysia. Namun begitu, dia tidak menceritakan sisi-sisi lain bahawa Malaysia juga ada membantu komuniti Rohingya.
Dalam tulisan saya semalam, saya ada menyentuh pandangan Prof. Dr. Salawati Mat Basir, yang memberi contoh bahawa isu Rohingya ini lebih rumit daripada sekadar “Malaysia zalim terhadap Rohingya”.
Saya juga ingin nyatakan bahawa Malaysia bukan penandatangan 1951 Refugee Convention mahupun 1967 Protocol Relating to the Status of Refugees. Oleh itu, Malaysia tidak mempunyai kewajipan perundangan antarabangsa yang sama seperti negara-negara penandatangan untuk memberi penempatan tetap kepada pelarian.
Jadi jika benar Azizah mahu membantu kaumnya, fokus yang lebih besar sepatutnya ialah mendesak negara-negara ketiga yang telah menandatangani konvensyen tersebut supaya mempercepat proses penempatan semula (resettlement) bukan menyerang Malaysia.
Saya percaya, jika Azizah benar-benar bertanggungjawab, dia perlu membuat kenyataan yang lebih seimbang atau sekurang-kurangnya mengakui bahawa Malaysia juga telah memberi bantuan dalam pelbagai bentuk.
Kerana apabila hanya sisi gelap diceritakan, gambarannya seolah-olah Malaysia langsung tidak berperikemanusiaan. Tidak adil untuk kebaikan dan ihsan yang telah ditunjukkan.
Kadang-kadang ada individu yang sangat mahir bercerita mereka tahu kisah apa yang akan menyentuh emosi, naratif apa yang akan membuat orang bersimpati dan bagaimana membina penceritaan yang kuat. Kadangkala ada orang yang salah menggunakan kelebihan ini.
Saya teringat kepada kisah yang kemudian didedahkan sebagai rekaan palsu dalam dokumentari. Kisah Misha: A Mémoire of the Holocaust Years, yang kemudian didedahkan sebagai rekaan dalam dokumentari Misha and the Wolves.
Bagaimana tegarnya Misha ini menulis buku yang menceritakan kisah palsu dan menyentuh hati pembaca-pembaca di Eropah yang mengangkatnya sebagai satu figura hebat sebagai mangsa pelarian kanak-kanak yang merentas hutan dan hidup sekawan serigala dalam pencarian ibu bapanya.
Bagaimana tidak mustahil ada perkara itu sanggup diada-adakan demi memenuhi naratif.
Tulisan ini bukan untuk menafikan penderitaan sesiapa tetapi supaya perbincangan tentang isu Rohingya dibuat secara seimbang kerana untuk menggambarkan Malaysia seolah-olah hanya menindas tanpa langsung membantu juga tidak tepat.
Oleh Nor Zabetha
See less